Siapa kalau tak bawa kad pengenalan atau MyKad rasa tak senang duduk dan tak sedap hati?
Yelah, MyKad merupakan dokumen paling penting bagi seorang yang bertaraf warganegara. Tapi, kadang kala bila kad pengenalan rosak atau hilang memang haru dibuatnya. Semua urusan penting akan tergenjala.
ARTIKEL BERKITAN : Jangan Pandang Remeh Bila Kad Pengenalan Hilang, Ini Nasihat Penganalisis Jenayah
Nah, korang tak perlu susah hati kerana sekarang ini semua urusan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas, boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Tak perlu menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), buat sendiri dekat rumah tak sampai 10 minit, kemudian korang dah boleh pergi ambil.
Seperti perkongsian daripada pemilik akaun Twitter ini, Anis Suraya berkongsi cara untuk orang ramai tukar atau ganti kad pengenalan yang hilang menerusi atas talian sahaja.
Ini cara dan langkah yang korang kena tahu.
1. Click link ni https://jpn.gov.my/my/
2. Click ‘KAD PENGENALAN’
3. Pilih gantian kad pengenalan secara dalam talian.
Nanti kena sign up dulu, then baru boleh isi permohonan penggantian kad pengenalan.
3. Buat payment ikut jenis penggantian & boleh bayar through FPX or card.
Done! Then kena selalu check la status kad pengenalan korang dah siap ke belum.
Btw, ni anis nak share 11 & 12 Januari nanti ada Career Fair Baskin Robbins dekat Mid Valley KL. Siapa yang tengah cari kerja, boleh la pegi Walk-In Interview tu. Nah click link ni kalau nak apply > https://bit.ly/BRhiring
BACA LAGI : Cara Renew Lesen Memandu Secara Online, Tidak Perlu Beratur Di Kaunter
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Anis Surayaa