Sebut sahaja mengenai negara Thailand, pelbagai perkara akan singgah di kepala.
Makanannya, filemnya, budaya yang kaya di sana dan tentunya, peluang untuk membeli-belah! Hasil pengaruh daripada drama televisyen, filem dan siri-siri digital yang dimuat naik di YouTube, tentunya ramai masyarakat di Malaysia yang rindu untuk ke Thailand setelah dua tahun kita ‘terkurung’ daripada melepasi sempadan disebabkan pandemik COVID-19.Kata mereka, ia mirip fesyen Kpop tetapi lebih kena dengan gaya orang Malaysia kita.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar – REMAJA
Berita baik untuk korang yang gian untuk membeli-belah di Thailand apabila ia kini ‘dibawa’ secara eksklusif ke Malaysia!
REMAJA semalam telah berpeluang untuk mengunjungi pelancaran Siam Piwat yang telah menemui pasaran Malaysia menerusi cawangan pertamannya di luar Thailand. Bertempat di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil, Siam Piwat yang berkeluasan kira-kira 11,000 kaki persegi ini membawakan tiga jenama buatan original Thailandiaitu Ecotopia, ICONCRAFT dan Absolute Siam.
Jom lihat dengan lebih dekat barangan menarik yang ditawarkan oleh tiga jenama tersebut.
Ecotopia
Ecotopia menampilkan 12 orang pencipta barangan mesra alam yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Antaranya termasuklah jenama rangkaian penjagaan kulit mesra alam iaitu Season Society dan Magfish, jenama seni kraf yang menggunakan bahan kitar semula.
Haa, nak cantikkan dekorasi tidak semestinya memerlukan kita untuk mengancam ekosistem tau.
ICONCRAFT
Seni kraf unik dari Thailand sekali lagi ditawarkan di Siam Piwat, Menerusi Iconcraft, produk-produk buatan lebih 800 tukang, pereka bentuk dan komuniti tempatan di seluruh Thailand ada dipamerkan. Ini termasuklah barangan kemas, hiasan rumah, kraftangan unik dan wangian menyegarkan.
Absolute Siam
Memberi tumpuan kepada fesyen berkonsepkan avant-garde yang diminati oleh remaja di Thailand, Absolute Siam menyediakan platform untuk pereka Thai berkongsi hasil ciptaan fesyen mereka bersama pembeli di Malaysia. Lebih 60 jenama fesyen, seni, teknologi dan gaya hidup ada didalam kedai konsep berbilang jenama ini.
*
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Siam Piwat di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com.
Jangan rambang mata sudah lah! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.