Tak Perlu Lagi Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen Memandu Fizikal

Share

Membawa lesen memandu dan melekat ‘roadtax’ adalah perkara yang paling penting untuk pemandu kenderaan di Malaysia kerana dengan adanya dokumen ini, kita bebas untuk memandu ke mana sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Cecah RM1500, Ini Senarai Harga Terkini Lesen Memandu Bagi Tahun 2022

Namun, selaras dengan kemodenan, rakyat Malaysia dah tak perlu membawa dokumen fizikal ini lagi! Ini kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas.

Aplikasi dibangunkan JPJ tanpa membawa lesen memandu fizikal

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi berkenaan sudah siap dibangunkan JPJ dan sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya.

Difahamkan, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan ia memaparkan lesen pemandu secara digital.

Menerusi langkah pendigitalan ini juga, pihak penguat kuasa seperti anggota polis dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas, untuk melakukan melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital ini.

Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen Memandu Fizikal

Peranti khas itu akan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital berkenaan, yang dapat menentusahkan sama ada lesen memandu digital berkenaan tulen atau sebaliknya

Tak Perlu Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen 

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.

Inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia

Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal, kata Anthony Loke (tengah). – Gambar Astro AWANI

Pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia

Bagusnya, JPJ ke arah pendigitalan ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana