Tak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka, Singapura Longgar Syarat Sekatan

Share

Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.

ARTIKEL BERKAITAN : Indonesia Mansuh Keperluan Kuarantin Bagi Semua Penggembara

Foto: Beritaharian.sg (Gambar hiasan)

Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Terbaharu, Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.

Pengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.

Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

Foto Via Pexels

Alhamdulillah, sekarang gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.

Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.

Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.

Berita baik ni buat korang yang sudah rindu nak ke negara jiran, Singapura!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Berita Harian

Published by
Nana