Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut dan nampak remeh tapi jangan terkejut kalau dikatakan mungkin ramai remaja di luar sana yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.
Juga disebut mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Perkara Yang Diperlukan Mandi Wajib
1. Keluar sperma atau air mani
2. Hubungan seksual (Persetubuhan)
3. Terhenti keluarnya darah haid
4. Terhenti keluarnya darah nifas
5. Melahirkan
6. Meninggal Dunia
Ads
Langkah Dan Cara Mandi Wajib
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
Ads
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
Ads
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
VIDEO CARA MANDI WAJIB YANG RINGKAS
Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.
Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua remaja diluar sana. Ingat ye kalau mandi wajib tak betul semua ibadah yang dilakukan juga tidak sah.
Wallahu’alam
Sumber : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.
Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.
“Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.
Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.
Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.
“Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan mudah apabila seseorang itu bergelar anak kepada adik seorang superstar bernama Britney Jean Spears.
Disebabkan tekanan yang boleh dirasai itu, Maddie Aldridge mengambil jalan untuk tidak mendedahkan diri secara keterlaluan di media sosial. Baik di Instagram mahupun TikTok, kelihatannya seakan tiada akaun rasmi yang dimiliki oleh Maddie. Mungkin inilah langkah terbaik untuk ahli keluarga Spears menjauhi tekanan daripada kontroversi yang selalu melanda keluarga mereka.
Mengenali dari jauh insan bernama Maddie Aldridge ini, remaja berusia 13 tahun ini merupakan anak sulung kepada Jamie Lynn Spears (adik penyanyi, Britney Spears) dan Casper Aldridge. Kalau korang masih ingat padazaman kegemilangan Britney dahulu, Jamie dan Casper pernah mencetuskan berita terhangat di Hollywood setelah Jamie hamil dengan kandungan sulungnya pada usia 16 tahun. Pejam celik, bayi tersebut telahpun menginjak ke alam remaja!
Baru-baru ini, Jamie Lynn telah berkongsi foto bersama Maddie bersempena majlis graduasinya daripada ‘middle school’ di sana berserta kapsyen, “High Schooler”. Jarang-jarang sebenarnya foto Maddie muncul dalam akaun Instagram ibunya itu.
Jelas, Maddie telah membesar dengan cukup sempurna dan kini berdiri pada ketinggian melebihi ibunya sendiri! Rasanya, ketinggian Maddie juga jauh melebihi ketinggian ibu saudaranya, Britney Spears.
Terdahulu, Maddie juga pernah muncul dalam satu lagi foto Instagram Jamie Lynn bersempena pencapaian Maddie dalam acara sukan. Kongsi Jamie Lynn, anaknya itu sememangnya gemar bersukan dan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan aktif.
Kesemua perkembangan positif mengenai Maddie ini hadir selepas tempoh lima tahun daripada detik hitam yang pernah berlaku kepadanya.
Pada tahun 2017, Maddie terlibat dalamsatu kemalangan semasa menunggang kenderaan lasak ATV di mana dia dilaporkan terperangkap di bawah air dan hampir menempah maut. Dalam satu kenyataan oleh Jamie Lynn, Maddie yang terselamat tanpa sebarang kecederaan tetap pada bahagian otak dan fizikal merupakan sebentuk ‘wake up call’ untuk keluarganya saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
REMAJA berharap agar Maddie dan adiknya, Ivey Spears terus terhindar daripada kesan populariti Hollywood yang menghantui keluarga tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan Ramadan adalah antara bulan yang paling meriah kerana sering dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Selain berpuasa pada waktu siang, sampai ke lewat pagi ada saja umat manusia yang ‘celik mata’ dan seolah-olah lebih ‘hidup’ pada malam hari.
Mana taknya, selepas bertarawih ada saja port mereka nak lepak. Tak kiralah nak cari baju raya ke, kuih raya atau lepak tunggu sahur. Ada saja aktiviti yang biasanya masyarakat kita buat sementara nak menyambut raya.
Jom kita tengok antara lokasi yang betul-betul gempak untuk korang datang lepak sebelum raya.
1. Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR)
Boleh dikatakan ini tempat wajib pergi kalau dah nak dekat raya. Lagi best kalau pergi malam raya. Korang boleh dapat diskaun gila-gila punya.
Daripada baju raya, kasut, handbag, kerongsang, sebut je la semua ada dijual di sini. Murah-murah pula tu. Memang berbaloi!
2. Food truck
Bukan macam food truck hari-hari biasa, bila tiba Ramadan ni ada kawasan food truck yang beroperasi sehingga tengah malam. Jadi ramai la yang mengambil peluang untuk datang berbuka puasa di sini atau datang lepak selepas tarawih untuk bersahur pula.
3. Uptown Danau Kota
Ini juga antara lokasi favorite masyarakat di Lembah Klang yang suka bershopping pada waktu malam. Kalau nak raya, lagi la havoc wey. Lebih kurang sama macam Jalan TAR, di Uptown Danau Kota pun korang boleh dapatkan baju, kasut dan kuih raya dengan harga kasih sayang. Hiks!
4. Karnival Karangkraf 2018
Sesuatu yang lain sikit daripada kebiasaan, karnival Karangkraf tahun ni diadakan pada bulan Ramadan. Bukan saja baju raya dan kuih raya, korang boleh berbuka puasa dan bertarawih di sini. Selain tu, ada banyak aktiviti dan artis-artis popular bakal menyerikan lagi event ni.
Apa lagi guys, jangan lupa jumpa kami pada 1 hingga 3 Jun ini di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada jam 2 petang sehingga 2 pagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...