Situasi paling menjengkelkan bila tersangkut di plaza tol disebabkan baki kad touch n go kereta dihadapan tidak mencukupi. Betul tak? Mesti korang selalu terkena atau mungkin pernah jadi individu yang menyebabkan orang lain pula stuck dalam barisan panjang kan? Hiks!
Kadang kita ni dah confident baki kad mencukupi tapi sebaliknya bila sampai turn tiba-tiba tak cukup pula. Ahhh nervousnya. Orang belakang dah sibuk hon. Dengan muka tebal kita pun berlari ke kaunter untuk tambah nilai.
Nah, situasi tersebut mungkin tidak akan berlaku lagi kerana sekarang dah viral pun tentang penggunaan aplikasi yang boleh menyemak baki kad touch n go
secara online.Tak tau macam mana nak guna, ikut langkah seperti yang telah dikongsi oleh Husni ini.
Lepas ni kalau berlaku lagi kejadian ‘tersangkut’ di plaza tol disebabkan baki kad touch n go tak mencukupi, tak tahulah nak cakap apa lagi. Orang dah bagi kemudahan, tolonglah alert
dan hormati pengguna jalan raya yang lain juga. Jangan kerana kita seorang, habis sesak satu lane tol tersebut. Haihhh!