Tidak dinafikan aplikasi waze sangat memudahkan urusan perjalanan ‘atas jalan raya’ sebab korang nak pergi mana pun, tak perlu pening kalau tak tahu jalan, tanya saja pada Mr. Waze semua boleh settle.
Terbaru, aplikasi navigasi yang popular digunakan rakyat Malaysia iaitu Waze ini telah melancarkan ciri baharu bagi pengguna setia mereka.
Ads
Waze telah menambah data mengenai anggaran harga tol pada aplikasi mereka yang membantu pengguna mengurangkan masalah kebimbangan tentang bayaran tol yang dikenakan.
Ads
Dengan ciri tambahan ini, pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi turut akan melihat paparan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkaitan.
Harga anggaran tol yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada info yang dikongsi komuniti Waze. Menerusi ciri baharu ini, pemandu boleh membuat perancangan dengan lebih baik untuk memilih perjalanan yang diingini.
Ads
Pengguna kini boleh mengemaskini aplikasi Waze sekarang.
Baguskan, so tak ada alasan lagi untuk korang tak cukup kredit dalam kad touch n go!
Sesungguhnya walau ku kutip, Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau ku siram, Dengan air hujan dari tujuh langit Mu Namun cinta tak kan hadir, Namun rindu takkan berbunga..
Allahu, sebak rasanya bila mengenangkan dosa kita terhadap Ilahi. Lagu Sesungguhnya yang dialunkan oleh Raihan pada tahun 1997 dibikin semula oleh kumpulan tersebut berkolaborasi bersama Alif Satar. ما شاء الله merdu dan lunak suara 4 individu termasuk Alif Satar.
Raihan kumpulan nasyid legend tanah air yang banyak menghasilkan lagu-lagu berkisahkan para Nabi dan sababat serta doa-doa yang dijadikan alunan lagu memudahkan kanak-kanak untuk menghafal dan mengikuti tak kira masa dan tempat.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di muzik video ini meluahkan rasa puas hati/ sebak sehingga menitiskan air mata bila mendengar kolaborasi ini. Ramai juga antara mereka yang memuji Alif Satar yang telah banyak memberi kesan positif terhadap masyarakat Malaysia.
Ulang-ulang dengar sepanjang Ramadan ni pun tak bosan. Semoga Ramadan ini memberi makna terhadap seluruh umat Islam. Aminn.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelantikan Maudy Ayunda sebagai jurucakap bagi persidangan G20 yang sedang berlangsung di Indonesia kini pernah menjadi perdebatan dan mendapat kritikan. Ada yang mengatakan bahawa keputusan tersebut populis kerana bersandarkan populariti selebriti itu semata-mata.
Namun pemilihan yang dibuat oleh Presiden Joko Widodo dan kerajaannya itu bertepatan dengan usaha untuk mendekati anak muda untuk memahami kepentingan G20 dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Begitu pun, Maudy atau nama sebenarnya Ayunda Faza Maudya bukanlah calang-calang orangnya. Dia merupakan graduan lulusan dua universiti terkemuka dunia iaitu University of Oxford dan Stanford University.
Di University of Oxford dia menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam bidang filosofi, ekonomi dan politik, manaka di Stanford University pula dia memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dan pendidikan.
Pelantikannya itu mendapat sokongan ramai, antaranya daripada ahli politik dan pakar ekonomi Indonesia, Dr. Rizal Ramli yang berkhidmat sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim di bawah Kabinet Kerja Jokowi.
Beliau menulis di Twitter bahawa kritikan terhadap Ayunda adalah agak terlalu keras dan sinis. Beliau menambah, “Hakikat bahawa dia kurang pengalaman & pendedahan geo-politik, dia boleh belajar dan diberi taklimat oleh penasihat kanan dasar luar negara.”
Kini, Maudy dilihat mula mengahadiri persidangan tersebut yang terlah bermula semalam, 15 November 2022. Menerusi hantaran di laman Instagramnya, dia yang popular menerusi filem Habibie dan Ainun memuat naik tentang aktivitinya di persidangan tersebut.
“Berada di Majlis Makan Malam sempena pembukaan Persidangan G20 Indonesia. Saya harus katakan yang ini adalah pameran luar biasa yang kaya dengan kepelbagaian budaya kita. Gabungan kreatif seni, teknologi dan alam semula jadi. Bangga!” ujarnya.
Penampilannya turut menjadi perhatian kerana tampil anggun menggayakan busana Kebaya Bali rona kuning telur rekaan Didiet Mualana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tom Holland, figura yang tidak asing lagi dari dunia Hollywood. Beliau yang terkenal dengan lakonannya sebagai Spiderman juga sering mencabar dirinya dengan menggalas watak berlainan karakter menerusi skrin filem.
Namun, baru-baru ini beliau mengambil keputusan untuk mementingkan kesihatan mentalnya selepas membintangi siri AppleTV+ yang akan datang, “The Crowded Room.”
Menerusi temu bualnya bersama media Extra minggu lalu, watak yang dimainkannya di dalam siri tersebut amat mencabar mental dan fizikalnya kerana dia perlu meneroka emosi tertentu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Diilhamkan oleh novel 1981 Daniel Keyes “The Minds of Billy Milligan,” mini siri itu menceritakan penahanan seorang lelaki muda kerana jenayah yang mengejutkan dan misteri di sebaliknya.
Walaupun bintang kelahiran Surrey itu berkata bahawa dia sangat seronok sepanjang pengambaraan siri itu, watak tersebut turut menghancurkan sesuatu dalam dirinya.
“Ada masanya saya perlu berehat. Maka, saya akan hilang dengan bercuti ke Mexico selama seminggu. Kini, saya mengambil keputusan untuk cuti selama setahun dek kerana kepenatan mental setelah membawa watak tersebut,” katanya.
Holland turut mengekspresikan penghargaannya kepada rakan, keluarga, rakan pelakon dan ahli psikologi di set yang banyak menyokongnya sepanjang proses pengambaraan berlangsung. Dia turut mengakui bahawa pengalaman tersebut telah mengubahnya ke arah lebih baik dan matang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: AppleTV
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...