“Tak Perlu Risau Hujan, Order Je” Rider Makanan Minta Usah ‘Kasihan’ Dengan Mereka

Share

 

Kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sudah mula berdepan musim hujan pada waktu petang.

 

ARTIKEL BERKAITAN3 Negeri Berdepan Amaran Cuaca Buruk Oleh Jabatan Metreologi Malaysia, Take Care Semua! – REMAJA

Jika di negeri Pantai Timur dan kawasan-kawasan persisiran pantai sudah mula dilanda dengan angin kencang dan hujan lebat pada setiap hari, kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur juga tidak terkecuali.

Boleh dikatakan setiap petang sehingga waktu malam, kita semua sudah terbiasa dengan cuaca hujan lebat yang tidak menentu.

Apabila berdepan dengan situasi seperti ini, kebanyakan aktiviti yang ingin kita lakukan juga terbantut. Salah satu daripadanya adalah untuk menempah makanan dan minuman menerusi perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food dan Food Panda.

via GIPHY

Iyalah, kasihan pula apabila penghantar mereka (rider) terpaksa berdepan hujan lebat. Entah selamat entah tidak untuk mereka menempuhi cuaca seperti ini.

Bagaimanapun, lain pula pandangan para rider ini apabila mereka meminta pembeli untuk tidak teragak-agak menempah makanan dan minuman mereka semasa cuaca hujan.

Beberapa rider telah tampil dalam satu bebenang yang dimulakan oleh akaun Twitter @loeykinn bersama logik mereka.

“Tolong teruskan tempahan. Ia adalah satu-satunya cara untuk kami (sebagai rider) meningkatkan pendapatan kami. Kami hargai rasa kasihan anda kepada kami, tetapi kami yang memilih untuk berada dalam situasi ini.

“Jadi tak perlu risau pasal hujan. Minta bersabar saja kerana penghantaran anda mungkin akan sampai sedikit lambat,” jelas salah seorang daripada mereka.

 

 

Seorang lagi rider yang dikenali sebagai @incheasyraf_ pula menyahut kata rakan rider-nya itu. “Yang buat kami lagi rasa diharga (adalah) apabila ada pelaggan menulis nota supaya tidak perlu terburu-buru menghantar dan jaga keselamatan. Dan jika boleh, bagilah sedikit upah sebagai tanda terima kasih.”

@HafizFazrinnn yang berkhidmat untuk Food Panda juga meminta kita untuk teruskan niat untuk menempah. Sekiranya hujan berlarutan sepanjang hari sehingga ke malam, punca pendapatan rider juga terkesan apabila tiada siapa yang menempah.

@emilfirdaus turut tampil menerangkan polisi syarikat Food Panda yang agak strict dan tidak membenarkan rider mereka ‘switch off’ butang mereka semasa keadaan cuaca tidak menentu. Sekiranya tiada tempahan yang diterima, ‘performance’ rider tersebut akan terjejas dan itu sama sekali tidak membantu peluang mereka mencari pendapatan lebih

 

*

Apa yang penting, kita sebagai pelanggan haruslah akur dengan keadaan cuaca dan bersabar sekiranya makanan dan minuman yang ditempah lambat tiba.

Malah, kita sebagai rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa tempahan kita ini yang banyak membantu industri penghantaran makanan dan minuman ini.

Rezeki Rider! Rakyat Malaysia Sumbang Tip RM2.4 Juta Masa PKP – REMAJA

Published by
FZ