Tak Perlu Sambung Belajar, Buat Konten TikTok Pun Kaya-Raya. Ini Pesanan Profesor Buat Adik-Adik

Share

Jika sebelum ini hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 72.1% daripada rakyat Malaysia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ARTIKEL BERKAITAN : Kajian Menunjukkan 72.1% Pelajar Lepas SPM Tidak Mahu Sambung Pengajian

Foto: Harian Metro

Ramai yang beranggapan bahawa pendidikan tinggi pada masa ini tidak lagi diperlukan kerana sesiapa sahaja boleh mencipta kejayaan dan hidup senang-lenang dengan hanya mencipta konten di media sosial. Benarkah?

Menurut laporan Berita Harian Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, turut menyuarakan pendapatnya berkata senario berkenaan. Ia berlaku disebabkan rantaian peristiwa yang terjadi di keliling kita.

Ilmu pengetahuan dan nilai yang diketengahkan

Tegas beliau, dalam perkembangan media sosial kini, ramai mengambil peluang berniaga dalam talian atau muncul sebagai pempengaruh dengan pelbagai ‘content’ namun apa yang membezakannya ialah ilmu pengetahuan dan nilai yang diketengahkan.

Foto Via Pexels

Katanya, pertimbangan berasaskan ilmu pengetahuan yang tinggi akan sedikit sebanyak menjadi cabaran kepada kelompok pempengaruh media sosial ini.

Buat keputusan yang baik

Dr Faisal Rafiq berkata, pendidikan tinggi menjadikan seseorang itu berupaya membuat keputusan yang baik dan menjana pemikiran untuk masa hadapan seterusnya berfikiran jauh dalam menghadapi persaingan.

Tanpa ilmu, proses itu akan tersekat dan masyarakat serta negara akan tertinggal jauh di belakang negara-negara maju yang rakyatnya berusaha dan bersaing untuk menguasai ilmu.

Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan

Tegas beliau, sangat penting untuk mengubah persepsi bahawa universiti adalah kilang pengeluar tenaga kerja. Sebaliknya apa yang dibangunkan ialah manusia dengan sifat kompleks, serta memiliki pemikiran dan kebolehan yang berbeza antara satu sama lain.

Tanggungjawab universiti ialah menghasilkan manusia yang berupaya berfikir, memperkayakan bakat, berinovasi, kreatif dan berupaya menghadapi persaingan serta apa penting menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah-ubah dan mencabar.

Jadi, kesimpulannya disini penulis harapkan korang jadilah content creator

yang educated dan berpelajaran. Contohnya Khairul Aming yang menamatkan pendidikan di peringkat universiti dan menjadi influencer dan kini usahawan yang berjaya. Kan lain marketing dia.

BACA : Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana