Tak Perlu Takut! Ini 12 Pusat Baby Hatch Di Malaysia Kalau Termengandung Tanpa Nikah

Share

Kita pasti buntu jika tahu diri tiba-tiba mengandung hasil hubungan intim dengan kekasih.

Malu, takut, risau serta macam-macam lagi perasaan hadir jika tahu berbadan dua. Lebih kecewa jika kekasih tiba-tiba menghilang dan tinggalkan kita terkontang kanting seorang diri. Ketika itu kita cuma fikirkan moga ada kawan membantu atau masuk ke rumah perlindungan. Namun ramai juga memilih tinggal bersama kawan sebelum memikirkan lain-lain hal termasuk mahu bersalin di mana nanti.

Ramai tahu dosa dan pahala. Dan tahu membezakan baik atau buruk. Tapi sekadar info, sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2005 hingga 2015.

Itu statistik pada tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu soal jawap di Parlimen. Dalam pada itu, m

enurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan remaja perempuan berumur 18 tahun ke bawah pada tahun 2017.


Sesuatu yang harus diingati, anak sah taraf ini terjadi bila hubungan intim dilakukan dan pasangan tidak bernikah. Andai mereka memilih untuk bernikah (selepas tahu diri mengandung), anak yang lahir kurang dari enam bulan dari tarikh nikah tersebut maka ia tidak boleh di bin atau dibintikan dengan nama bapanya.

Pendapat ini terbina hasil daripada kefahaman para ulama terhadap dua ayat yang berikut. Iaitu firman Allah S.W.T :

وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا

Maksudnya : (Dan ibunya) mengandungkan serta menyusukannya (anak) selama tiga puluh bulan. Surah Al-Ahqaf (15)

Apa nak buat jika mengandung?

Perlu diingat, manusia ini tidak maksum. Malah kita adalah pendosa. Sama ada dosa itu kecil atau besar saja dilakukan. Jangan terus blame jika dalam ahli keluarga terjadinya kes mengandung tanpa nikah ini.

Untuk remaja yang dah tersilap dan rasa takut untuk beritahu ahli keluarga, mintalah bantuan kawan atau masuklah ke rumah perlindungan. Kalau masih takut dan memilih untuk mengurus diri sendiri dan bila tiba saat bersalin nanti, janganlah dibuang bayi tersebut.

Ini kerana ada 12 tempat baby hatch yang boleh kita letakakan bayi dan anak itu akan dijaga dan diberi kepada keluarga yang memerlukannya.


Boleh letak saja tanpa rasa takut ditangkap. Tiada siapa akan tanya atau tangkap korang. Tak ada soal jawap pun masa korang letak tu. Paling penting letaklah bayi tak berdosa itu baik-baik kerana ada orang akan menjaganya nanti.

Ingat ya, jangan buang bayi dalam mangkuk tandas, dalam kotak depan surau dan sebagainya. Letak saja di baby hatch seperti dalam senarai di bawah ini. Paling penting, selepas sekali korang buat silap (mengandung tanpa nikah ini), jangan terus ulangi kesilapan lagi.

1. Petaling Jaya, Selangor Baby Hatch
No 54, Jalan 5/60
46000 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Tel: +603 7770 1900

2. Johor Bahru, Johor Baby Hatch
46, Jalan Bakar Batu
Taman Sentosa
80150 Johor Bahru
Tel: +607 336 2965
24 hour Hotline: +6019 726 2368

3. Sungai Petani, Kedah Baby Hatch
4400 Lorong Serampang 2/1
Taman Ria Jaya, Sungai Petani
08000 Kedah Darul Aman
Tel: +604 442 3900

Belajarlah erti sesal. Jangankan pengajaran dalam hidup. Ingat, jangan ulangi kesilapan lalu.

Published by
Almaswa Haji Che Ros