Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, Ini 6 Port OOTD & ‘Insta-Worthy’ Sekitar KL Je!

Share

Siapa cakap nak gambar canti kena pergi Korea, Jepun sana?

Musim macam-macam virus menyerang ni baik korang duduk je Malaysia diam-diam sambil jalan-jalan dalam negara. Korang tak payah pergi jauh-jauh untuk bergambar cantik, cukup hanya pusing keliling Kuala Lumpur je!

Nah, penulis kongsikan 6 lokasi ‘Photo-Worthy’ yang akan buat kawan korang cemburu tengok Instagram korang lebih cun-melecun hasil perkongsian oleh @MyMOTAC sendiri.

1) Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia @ Kuala Lumpur

Hipster betul kalau bergambar di sini! Dengan rekaan yang futuristic ini memang confirm akan buatkan Instagram feed anda lain daripada yang lain.

Alamat : Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

2) Lake Gardens @ Taman Tasik Perdana

Lake Gardens ini merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Anda boleh datang ke sini untuk terokai tempat-tempat yang tidak ramai tahu.

Alamat : Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.

3) Bangunan Sultan Abdul Samad @ Dataran Merdeka

Disebabkan keunikan seni bina bangunan ini, ramai pengunjung datang untuk tangkap gambar di setiap penjuru yang ada.

Alamat : Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4) Changkat @ Bukit Bintang

Siapa je yang tak sukakan gambar yang ‘hispter’ bukan? Dengan penuh warna-warni dalam feed Instagram anda nanti. Barulah nampak lebih pelbagai!

Alamat : 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5) Menara Berkembar Petronas @ KLCC

Ramai juga pelancong asing akan datang berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan disimpan untuk dijadikan kenangan di Malaysia.

Alamat : Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, 50088, Kuala Lumpur.

6) Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ramai yang telah berkunjung ke sini untuk beribadat dan lebih-lebih lagi untuk bergambar. Memang cantik dan mendamaikan!

Alamat : Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

So amacam?

Dekat Malaysia pun banyak tempat yang menarik kan? Hujung minggu ni pun korang boleh je pergi! Dan yang paling penting jimat & selamat!

Sumber: @MyMOTAC

 

Published by
Nana