Nak keluar TV saja perlu cantik. Nak jadi popular pun perlu cantik.

 

Jadi jika tidak cantik, peluang untuk menyertai industri seni mahupun dikenali ramai itu TIADA lah?

Topik Rupa atau Bakat yang diangkat oleh program Darah Muda kendalian Bernama TV kelmarin mengupas topik yang begitu dekat dengan remaja sekarang.

Tambahan pula, insan yang ditemubual merupakan juara Dewi Remaja 2019 iaitu Shaza Bae. Jadi tentunya Shaza mempunyai pendapat mengenai isu ini.

Adakah hanya orang cantik saja yang boleh ke hadapan dalam industri seni?

“Tak Perlu Tunggu Jadi ‘Cantik’ & Popular Untuk Buat Baik” – Shaza Bae
Shaza Bae menghiasi cover Majalah Remaja isu Januari – Mac 2020.

“Untuk melawan stigma ‘perlu wajah cantik untuk berada di kaca televisyen dan filem’ di Malaysia’ ini, mungkin masih mencabar. Ya ramai yang inginkan orang cantik saja untuk ditonton.

“Tetapi saya percaya jika seseorang bekerja keras dan mempunyai azam yang tinggi, insyaAllah orang di sekeliling pun akan perasan dengan kemampuan kita. Jika kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah juga akan membantu.

“Kerja keras dan niat yang baik itu masih perkara utama. Wajah kedua,” katanya yang mengaku ada menerima kritikan setelah memenangi gelaran Dewi Remaja 2019 kerana faktor kulit kuning langsat tetapi memilih untuk mengendahkannya.

Ads

“Sekiranya ingin mengajak orang ramai ke arah kebaikan sekalipun seperti melakukan kerja-kerja amal misalnya, saya tak rasakan rupa cantik dan populariti itu satu faktor utama. Tak perlu nak tunggu jadi cantik untuk berbuat baik pun.

“Sebelum menyertai Dewi Remaja 2019, saya juga pernah ke Solo Indonesia untuk mengajar kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekolah jenis ekosistem. Jadi bagi saya, populariti dan wajah cantik itu tak bukan penghalang jika seseorang itu ingin memberi semula kepada masyarakat. Semua orang boleh.”

*

Bercakap mengenai trend menonjolkan wajah cantik di media sosial, ia semakin menjadi-jadi dengan wujudnya aplikasi online yang pelbagai.

Situasi itu berbeza dengan 8 tahun lalu semasa Shaza Bae mula berjinak-jinak dalam industri.

“Tak Perlu Tunggu Jadi ‘Cantik’ & Popular Untuk Buat Baik” – Shaza Bae

Ads

“Pada usia 17 tahun, saya mula berlakon menerusi iklan Petronas. Platform media sosial pada waktu itu baru nak ‘naik’. Tetapi sekarang situasinya berbeza. Disebabkan media sosial, standard kecantikan itu sudah lain. Ada sesetengah jenis rupa fizikal saja yang dianggap cantik, katanya.

“Saya memilih untuk melihat ke arah positif dan saya rasakan orang Malaysia sekarang sudah lebih berfikiran terbuka. Mereka tidak lagi hanya memberi peluang kepada yang berkulit cerah saja. Apa yang saya boleh lakukan adalah just being myself dan yakin dengan personaliti saya.”

Dalam erti kata lain, personaliti seseorang itu sendiri perlu sama cantik. Jika tiada personaliti, mana mungkin masyarakat di sekeliling boleh lebih dekat dengan seseorang selebriti itu.

*

Melihat kepada pemenang pertandingan seumpama Dewi Remaja di seluruh dunia, kebanyakan daripada mereka mempunyai misi untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Ads

Shaza Bae juga merasakan misi dalam hidup itu penting kerana ia memberi ‘makna’ atau purpose dalam kehidupan seharian.

“Misi saya berbalik semula kepada minat saya untuk mengajar. Itu adalah cara saya untuk give back to the society. Semasa membesar, saya tak datang daripada latar belakang keluarga yang berada. Jadi itu menginspirasikan saya untuk terus mengejar misi menjadi seorang tenaga pengajar.

“Selain minat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, saya juga berminat untuk menjadi seorang speaker. Seni itu cinta saya dan sebahagian daripada hidup, tetapi pengajian ilmu itu adalah kepentingan dalam hidup saya.”

*

Untuk menonton temu ramah penuh Bernama TV bersama Shaza Bae, korang boleh klik di bawah:

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI