Seorang ikon tidak dilahirkan, mereka mengutip pengalaman dan menjadi seorang individu yang lebih baik.
Itulah mungkin cara kami gambarkan Dewi Remaja 2009/10, Noor Neelofa.
Setelah memegang gelaran selebriti, usahawan dan ikon fesyen, kini Neelofa bergerak setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah pertubuhan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi paparan di rancangan Melodi semalam, Neelofa berceritakan mengenai inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa. Meskipun telah lama merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan, namun atas dasar komitmen dia menangguhkan dahulu hasratnya itu.
Hikmah daripada waktu ekstra yang dimilikinya sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, Neelofa akhirnya mempunyai waktu untuk fokus merancang dan ia terlaksana dalam waktu yang sangat singkat.
“Apabila saya mempunyai nama, jenama dan platform seperti sekarang, saya ingin utilize ia untuk kebaikan orang di luar sana. Apabila saya menggunakan nama Pertubuhan Kasih Neelofa, orang luar tidak akan ragu-ragu akan ketelusan dan kredibilitinya (kerana team Neelofa dan dirinya sendiri telah membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini).
“Income daripada bisnes yang diusahakan oleh kami seperti tudung, susu dan sebagainya akan disalurkan kepada pertubuhan kasih. Pada masa yang sama, kami juga menerima sebarang sumbangan daripada pihak di luar sana dengan cara yang betul serta transparent,” kongsinya lagi.

AKTIVITI YANG SEDANG DIRANCANG NEELOFA
Tentunya, ramai yang nak bertanyakan apakah inisiatif yang akan dimulakan oleh Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini.
“Pertubuhan ini berteraskan 3, iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
“Contohnya aktiviti seperti ceramah, taranum Al-Quran, kem solat dan apa saja yang memberi kebaikan kepada masyarakat di luar sana, insyaAllah saya akan melibatkan diri. Begitu juga jika kami ingin anjurkan larian amal atau festival muslimah – contohnya – yang boleh membantu peniaga Muslim di luar sana yang boleh memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, kita akan bantu.”
Tentunya usaha murni oleh Neelofa dan pasukannya ini harus dipuji ramai. Tambahan pula dia telah merancangnya selama ini. Harapannya satu saja, untuk membantu dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana agar mereka menyimpan impian yang sama.
“This is what you want to do at the end of the day. Walaupun setinggi mana kita terbang, akhirat jua tempat yang kita ingin fokus. Dari usia muda ini pun kita boleh buat, tak perlu nak tunggu sampai tua baru nak kumpul pahala akhirat,” jelas Neelofa.
*
Jelas, ramai rakan selebriti yang turut gembira dengan inisiatif ini.

Ads
Ads
Ads

*
Love sis!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI