Mewasiatkan harta kepada insan terdekat setelah meninggal dunia bukanlah suatu perkara yang aneh, bahkan ianya sudah menjadi norma masyarakat kini.
Maka, alangkah terkejutnya warganet apabila baru-baru ini seorang penyokong Brazil mendedahkan bahawa dia akan mewasiatkan semua harta dunianya kepada pemain bola terkenal, Neymar di media sosialnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak 17 Tahun, Muhammad Soleh Janji Akan Kuasai Teknik Sepanjang Di Sepanyol
Di sebalik kekagumannya terhadap pasukan kebangsaan bola sepak Brazil, peminat yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa bahawa pengenalannya dengan pemain bola tersebut menerusi kaca skrin televisyen telah memberi inspirasi kepadanya untuk secara rasmi memasukkan penyerang Brazil itu ke dalam wasiatnya.
A 30 year old man made a will & left all his assets for Neymar 😂😭 pic.twitter.com/2RxcV7Kt1s
— Neymoleque | Fan 🇧🇷 (@Neymoleque) June 26, 2023
“Saya sukakan Neymar, saya amat mengenalinya. Saya juga pernah merana dek kerana fitnah, mementingkan keluarga dan hubungan dengan bapanya mengingatkan saya kepada bapa saya sendiri, yang sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu wawancara bersama media tempatan Metropoles.
“Kesihatan saya semakin merundum dan saya juga tidak mempunyai sesiapa untuk mewasiatkan harta saya. Saya tidak mahu kerajaan atau saudara mara yang saya benci untuk mewarisi barangan tinggalan saya.”
Peminat Neymar itu turut berkata bahawa dia sebelum ini pernah melakukan percubaan untuk meninggalkan hartanya kepada pemain antarabangsa Brazil itu tetapi ianya berakhir dengan sia-sia.
Namun kini, dokumen wasiat tersebut telah berjaya disahkan oleh pejabat notari Porto Alegre. Wowwwww…….
Sekadar info, Neymar dari Paris Saint-Germain ialah salah seorang atlet dengan bayaran tertinggi di dunia, dengan Forbes mengunjurkan pendapatan $85 juta untuknya pada 2023.
BACA LAGI: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: CNN, News18