Tak Pernah Mengalah, Gadis Bertubuh Besar Buktikan Cantik Datang Dalam Pelbagai Saiz

Share

Laluan untuk untuk menjadi ratu cantik seolah-olah sudah digariskan untuk mereka yang tinggi lampai dan kurus sahaja, namun perlahan-lahan perkara ini berubah seiring dengan kemunculan individu-individu yang berani mencabar standard kecantikan normal yang ada dibenak masyarakat.

Emma Loney, gadis berusia 24 tahun telah membuktikan bahawa berat badan bukan halangan untuk tampil cantik dan yakin. Pelajar jurusan undang-undang di Kolej Universiti Nothern Illinois ini telah berjaya berada dalam kedudukan kelima dalam pertandingan Miss Earth USA 2022. Seiring dengan kejayaannya itu dia diberi gelaran Miss Earth USA Eco 2022.

Kredit foto: Instagram Emma Loney

Ini merupakan kali kedua Emma menyertai pertandingan ini, tahun lalu cita-citanya terkandas apabila dia sekadar berjaya berada dalam kedudukan 12 terbaik sahaja.

Emma yang merupakan seorang model plus-size, pencipta kandungan digital dan penyokong tegar kempen body positivity. Dia itu memulakan perjalanan dalam dunia pertandingan ratu cantiknya seawal usia 16 tahun dan menyedari bahawa gelaran dan platform itu boleh digunakan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.

BACA JUGA: Bertubuh Besar Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Cantik 

Kredit foto: Instagram Emma Loney

Dengan semangat yang tidak pernah mengalah, perjuangan Emma dalam dunia ratu cantik mendapat perhatian ramai ketika dia menyertai pertandingan Miss Earth USA 2021 mewakili Wisconsin. Kemudiannya dia menyertai pertandingan Miss USA Illinois mewakili daerah Southern Illinois.

Dalam hantaran di laman Instagramnya sejurus dia dinobatkan sebagai penyandang gelaran Miss Earth USA Eco 2022, tulisnya, “Dinobatkan sebagai Miss Earth USA Eco adalah satu langkah ke hadapan yang besar untuk pertandingan ratu, dan saya benar-benar berharap untuk melihat lebih banyak penerimaan di seluruh Amerika Syarikat dan dunia.”

BACA JUGA: Shatu Garko Cipta Sejarah Sebagai Gadis Berhijab Pertama Menang Gelaran Miss Nigeria

Kredit foto: Instagram Emma Loney

Selain itu dia turut menyatakan sebab mengapa dia tidak berputus asa walaupun ada yang mengkritiknya dek badannya yang besar. “Saya terus bersaing untuk memberi inspirasi kepada wanita lain yang kelihatan seperti saya atau sesiapa sahaja yang pernah merasakan mereka tidak sempurna kerana penampilan mereka.

“Saya terus bersaing untuk menunjukkan bahawa SEMUA wanita adalah cantik, dan idea tradisional ‘peraduan kecantikan’ perlu diubah, kerana peraduan adalah lebih daripada kecantikan luaran kita, tetapi sebaliknya, kecantikan dalaman kita. Saya mendapat, dan akan terus, dikritik kerana kelihatan seperti saya dan bersaing dalam pertandingan. Tetapi norma sosial yang mencabar akan sentiasa dipenuhi dengan bahagian kebenciannya, dan perubahan bukanlah mudah,” kongsinya penuh makna.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen