Tak Pernah Tinggal Nasi Tapi Turun 6kg Sebulan, Wanita Ini Share Menu Diet

Share

Hanya mereka yang pernah gigih untuk menurunkan berat badan sahaja yang tahu macam mana azabnya nak membakar lemak dalam badan ni. Tiap tahun mesti azam sama nak kurus tapi bila akhir tahun sama je atau mungkin bertambah beratnya.huhu

Namun begitu, jangan cepat putus asa.

Tapi kita selalu membaca kisah kejayaan individu yang berjaya kurangkan berat badan masing-masing. So, sempena masih mood azam baru di tahun 2021 kami kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan penurunan berat serta menu yang korang boleh try.

Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat. Jom kita ambil inspirasi daripada rahsia kurus wanita ini.

Sumber Gambar : June Ed

Pengguna Facebook yang bernama June Ed, wanita ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg dengan hanya mengamalkan diet suku-suku separuh mengikut bilangan pengambilan kalori yang sebenar.

Hampir 30hari saya amal DSSS. Bagi kawan-kawan yang tercari menu untuk start, ni saya kongsi sedikit menu saya.

By the way, dalam diet saya, saya tak pernah tinggal nasi, cuma saya selang sehari baru makan nasi. Saya maintain minum air putih 2L dan kurangkan minum manis. Bukan cut off terus gula

Menu makanan yang di ambil ketika diet suku-suku separuh.

Cauliflower & isi ayam di goreng dgn 1 sudu minyak masak. Tambahan lobak, garlic, hirisan cili merah, telur 1biji dan daun sup. Salt n pepper. Cara makan saya balut dalam salad dan makan

Isi Udang, carrot, cili merah, daun sup dan telur. Salt n pepper sebagai rencah. Saya bakar pakai tin muffin.

Sekeping Roti gandum. Telur 2 biji, Suku keping cheesedale di siat, cili, salt n pepper. Saya bakar pakai tin muffin.

Ayam panggang cecah air asam.

Nasi 3 sudu makan, telur 1 biji, cili padi bawang merah, garlic & sayur kobis. Saya goreng dgn 1 sudu minyak mkn.

Ayam black pepper, kentang, cendawan saya panggang sekali sumbat je dlm oven Salt, pepper, bawang Holland dan Garlic, carrot, cili merah.

Ni org kata eat clean. Dlm seminggu 3 kali je eat clean. Kalau hari2 saya tak sanggup

Ayam panggang rosemary, lada hitam tumbuk dgn cendawan shitake.

Ayam masak halia, cendawan goreng & sayur bayam.

Ayam panggang rosemary, serbuk cili, paprika, salt n pepper.

So guys, kalau nak diet tu pilihlah diet yang sihat dan tidak memudaratkan. Bukan tak boleh makan langsung, minimakan pengambilan makanan kan lebih baik. Jangan sebab nak kurus cepat, korang yang merana di kemudian hari.

 

Sumber: June Ed

Published by
Nana