Semalam negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut melibatkan seorang doktor perubatan dari Hospital Sultan Ismail Petra  Kuala Krai, Dr Nooranisah Mohd Razali, 31 tahun  apabila kenderaan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia terbabas di Kilometer Kampung Renok Baru, Gua Musang. Beliau menemui ajal di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan yang terbabas.

Lebih menyayat hati, bayinya berusia 9 bulan, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi  turut menemui ajal di Hospital Gua Musang akibat kecederaan dalaman.  Turut cedera dalam kemalangan ini termasuk pemandu van  Mohd Lazim Abdullah, 6, Dr Siti Salwa  Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazam Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33 yang dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Van dari Hospital Kuala Krai ini dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak COVID-19.

“Tak Pernah Tinggal Qiamullail & Dhuha, Dr Maut Kemalangan Sering Berkata Bekerjalah Untuk Diri  & Ummah
Kenderaan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini terbabas di Kilometer Kampung Renok Baru, Gua Musang ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Gua Musang

Di sebalik kisahnya, ternyata sahabat handai kepada arwah yang mengenalinya berkongsi kisah mengenai dirinya.

Dalam satu catatan fb yang ditulis oleh Ummi Abibah ternyata arwah seorang yang amat baik.

Pernah tanya kak Nisa, bila masa dia berehat memandangkan zaman tu dia masih HO. Berulang alik dari hospital Ipoh, lepas kerja gerak ke Seri Iskandar untuk usrah, meeting dan gerak kerja yang lain. Rumah aku merupakan rumah kedua dia untuk transit.

Dia kata kat dunia ni tempat untuk kita bekerja. Bekerja untuk diri kita, bekerja untuk ummah semampu yang kita boleh. Nanti di syurga rehatlah sepuas mana yang kita nak.

Orang yang tidurnya sedikit dan banyak berfikir tentang ummah. Kerap kali terjaga malam dan nampak kak Nisa tengah qiamullail. Kalau aku tak ada kes oncall malam tu dia akan ajak qiam sekali. Dhuha tak pernah tinggal, dan akan senyum walaupun aku masak makanan terlebih masin.

Selamat berehat di sisi Tuhan kak Nisa & baby Yusuf. Berehat sepuas-puasnya. Semangat kak nisa masih ada dalam perjuangan kita. Semoga ganjaran syahid untuk Kak Nisa.

Ads

Al Fatihah untuk Nooranisah Bt Mohd Razali.

“Tak Pernah Tinggal Qiamullail & Dhuha, Dr Maut Kemalangan Sering Berkata Bekerjalah Untuk Diri  & Ummah
Dr Nooranisah Bt Mohd Razali dan anaknya, Yusof maut dalam kemalangan ini

 

Sementara itu seorang lagi rakan sekerjanya Dr Rabiatul Aida turut berkongsi kenangan.

Hari ni mama oncall di dewan bedah. Serba tak kena jadinya apabila menerima berita rakan sekerja meninggal dunia pagi tadi.

Sangat2 sayu hati ni bila mendapat berita kematian arwah akibat kemalangan yang melibatkan van hospital semasa dalam perjalanan untuk melaksanakan tugas.

Ads

Tambah sedih lagi apabila dapat berita bayi arwah turut mengikut ibunya ke ‘sana’.

Menitis air mata terkenangkan arwah dan bayi beliau.

Team doktor2 dari HSIP ke Hospital Gua Musang atas urusan rasmi. Kes2 pembedahan bakal dibuat di sana bagi mengurangkan kes di sini berikutan musim wabak COVID19 ni di mana hospital kami turut menjadi pusat bagi kes2 COVID19. Staff2 yang terlibat adalah dari hospital kami dengan rotation berada di sana selama seminggu dan jarak antara dua hospital ni bukannya dekat tau.. lebih kurang 120km.

Ada yang mempertikaikan kenapa arwah turut membawa bayi beliau. Hmmm.. dalam memikul amanah sebagai seorang doktor yang perlu merawat pesakit, arwah juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Itulah doktor. Kami akur, kami menurut perintah walaupun ada bebanan yang tertanggung demi bangsa demi negara.

Ini tanggungjawab kami.
Tanggungjawab anda?

Ads

Kami tak minta lebih, kami hanya minta anda duduk diam diam saja di rumah.. Bantu kami dengan berada di rumah supaya pengorbanan kami Tak sia sia.

Jika mama yang ditugaskan ke sana minggu ni, mesti mama pun turut berada dalam van tersebut.
Betul lah, ajal dan maut tak terduga.

Salam takziah buat keluarga arwah Dr Nooranisah Mohd Razali.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

#docmama

Mari sedekahkan Al-Fatihah (dengan bacaan) agar roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber : Fb Ummi Abibah & Rabiatul Aida

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI