Tidak seperti beberapa artis antarabangsa yang meminggirkan Kuala Lumpur sebagai destinasi kunjungan jelajah konsert mereka, kumpulan pop rock dari Los Angeles, LANY sebaliknya sentiasa memilih untuk bertandang ke sini demi peminat setia mereka.
Jika korang masing ingat pada tahun lalu, LANY pernah menjayakan konsert A November To Remember yang berskala besar di Axiata Arena and it . was . amazing.
Vokalisnya, Paul juga pernah berjanji akan kembali semula ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi jelajah konsert LANY yang seterusnya.
Nampaknya, kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hit seperti ILYSB, Malibu Nights, Mean It dan Super Far ini tidak puas menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dan ingin mengotakan janji.
Sekali lagi, LANY bakal ke sini pada 24 Ogos ini sempena jelajah First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour.
Konsert kali ini dikecilkan sedikit skalanya demi menyesuaikannya sebagai acara pra-jelajah dunia. Bagaimanapun, itu tidak bermakna LANY tidak akan memberikan kepuasan sama seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
Tambahan pula, LANY baru sahaja meluncurkan single terbaru berjudul Love At First Sight. Ia juga merupakan lagu sulung yang dipetik daripada album kelima berjudul I Really Really Hope So yang masih menunggu tarikh pelancaran.
Tiket konsert First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 6 Jun 2023 pada jam 3 petang di laman web rasmi livenation.my.
Sementara menunggu enam hari lagi sebelum jualan tiket dibuka, jom imbas kembali sesi temubual yang pernah REMAJA lakukan bersama LANY pada tahun 2022.
ARTIKEL BERKAITAN: “Penonton Malaysia Istimewa & Bertenaga!” LANY Ingin Lakukan Konsert Lebih Besar Di KL – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.