Berita

Tak Puas Hati Baju Kontinjen Malaysia Buruk! Rakyat Malaysia Serlahkan Kreativiti Re-Design Baju Di Media Sosial

Share

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.

Hal itu diperjelaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa pihaknya tidak mempunyai kaitan sebaliknya rekaan itu diurus oleh Majlis Olimpik Malaysia.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga turut mengambil kesempatan dalam masa yang singkat dalam menghasilkan banyak rekaan semula baju kontinjen Malaysia kerana kurang berpuas hati dan kecewa dengan rekaan sebelum ini.

Kredit: Instagram @kool101my

Menurut beberapa komentar yang dilontarkan di media sosial, ramai bersetuju bahawa baju yang telah direka untuk para atlet negara itu akan kelihatan memalukan kerana ia nampak tidak menarik jika dibandingkan dengan rekaan baju dari negara lain.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Kontinjen Negara, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menerima maklum balas negatif orang ramai berhubung pakaian berkenaan berkata mereka tetap dengan pendirian untuk tidak melakukan sebarang perubahan rekaan baju.

Tegasnya, apa yang penting ketika ini pemburuan emas di Olimpik lebih menjadi keutamaan berbanding rekaan pakaian rasmi kontinjen negara.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN