Tak Ramai ‘Followers’ Tak Bermakna Tak Boleh Berjaya, Kenali 4 Finalis Hero Remaja 2020 Ini!

Share

Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia. Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja ini telah pun memasuki edisi kesepuluh pada tahun ini.

Sesi pemilihan bermula pada bulan Disember lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 12 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2020 pada hari ini.

Pemilihan 12 finalis Hero ini dinilai berdasarkan beberapa kriteria dan personaliti menarik mereka tidak hanya memandang followers di media sosial masing-masing. Remaja perkenalkan 4 finalis Hero Remaja 2020 yang tidak begitu ramai followers di laman sosial namun punya personaliti lain yang menarik!

Siapa yang bakal menggantikan takhta Aliff Muhaimin ni kali ini?

Tom

Besar tugas yang perlu dilunaskan oleh salah seorang peserta dari Sarawak ini. Dia mengerti ramai yang akan melihat kelibatnya bukan hanya kerana rupa dan fizikalnya yang segar serta bertubuh sado. Malah, ramai yang ingin melihat sama ada peserta bernama Tom ini mampu membawa nama negerinya untuk meneraju kemenangan pada edisi Hero Remaja kali ini.

Mempunyai misi untuk menyebarkan ilmu fitness kepada masyarakat. Tidak berasa rendah diri walaupun kerna bertandingan dengan finalis-finalis yang hebat kerana Tom percaya doa ada kelebihan iaitu keyakinan dirinya. Tidak bermakna dia tidak boleh menjadi influncer dan dikenali ramai satu hari nanti.

Jazmy Khan 

Sopan saja perwatakan yang dibawa oleh peserta berwajah hitam manis iaitu Muhammad Jazmy Khan atau Jazmy sejak dari awal lagi. Mungkin atas faktor kurangnya pengalaman yang digendong bersamanya, dia masih cuba untuk mengatasi rasa kekok apabila berhadapan dengan soalan dan tugasan yang diberi. Namun itu tidak sesekali bermaksud dia tidak punya misi

“Saya juga punya misi untuk menang dan nak kalahkan semua finalis. Memang banyak lagi yang perlu saya pelajari dan itulah sebab utama saya berada di sini. Untuk mengutip segala ilmu yang dikongsikan.”

Bagi Jazmy , secara jujurnya dia berasa agak ‘insecured’ apabila kena bertanding dengan orang yang lebih popular dan ramai follower namun pemuda ni bersyukur kerana kesemua finalis Hero 2020 tidak lokek ilmu mereka.

Umar

Sebagai seorang Hero Remaja kita perlu bijak perlu bangunkan diri kita sendiri dan mengembirakan masyarakat dengan elak kontroversi dan benda-benda negatif. Selain itu, perlu juga menyakinkan orang ramai dengan agenda yang dibawa mereka dan berani dalam melakukan sesuatu perkara.

“Saya masih dalam proses membiasakan diri untuk bercakap di hadapan cermin dan sentiasa mengikuti kisah kejayaan mereka yang terlebih dahulu telah berjaya dalam bidang ini. Kebanyakannya juga bermula dari bawah. Tiada erti ketinggalan buat saya, malah ia menerbitkan lagi rasa ingin maju ke hadapan.”

Ditanya mengenai adakan beliau merasa ‘insecure’ bertandingan dengan finalis Heroo Remaja 2020. Ini jawapan Umar,

“Kurang follower ini merupakan satu kelebihan sebab kita less pressure, dan sebelum kita ada follower yang ramai sebenarnya life kita sama je. So saya rasa saya boleh bertanding dengan sihat dengan bakat yang saya ada.”

Aniq Suhair

Ada sesuatu yang REMAJA lihat mampu digilap pada diri Aniq sehinggakan kami berani mengecop dirinya sebagai salah seorang finalis. Ingin menunjukan semua orang tak semesti yang popular je boleh berjaya dan mempunyai impian untuk menjadi Hero Remaja 2020.

Insecure tu memang ada pada setiap orang namun tapi followers ramai atau tak tu saya tak kesah tapi apa yang paling penting kita kena percaya diri kita, apa yang kita ada, apa yang kita boleh buat, dan boleh tonjolkan pada semua orang. Paling penting kita buat dengan ikhlas dan demi Allah”

So penulis ucapkan all the best buat finalis Hero Remaja 2020 kali ini.

Published by
Nana