Biasalah apabila mana-mana bahagian badan kita terlanggar atau terhantuk sesuatu, akan ada kesan lebam yang muncul dan kekal selama beberapa hari.
Ini kerana pembuluh darah atau cappilary pada bahagian tersebut telah ‘pecah’ kerana insiden tersebut. Darah yang mengalir pada bahagian dalam itu akan menampakkan tanda lebam pada kulit.
Kita tidaklah perlu risau kerana tubuh kita secara automatik akan beransur pulih hinggalah kesan lebam hilang. Pada waktu yang sama, pengambilan ubatan seperti aspirin, antibiotik dan ubatan jenis anticoagulant
yang akan mengurangkan kesan darah daripada bergumpal.ARTIKEL BERKAITAN : Kesan Lebam Atau ‘Covid Toes’ Dikesan Pada Remaja Dan Kanak-Kanak, Mungkin Gejala Baru Covid-19 – REMAJA
Namun, pernahkah korang perasan kesan lebam yang secara tiba-tiba muncul pada lengan dan peha tanpa apa-apa rasa sakit?
Sumber Foto Hiasan : The Today Show
Tahu-tahu je, ada kesan biru kehitaman pada kulit. Apa sebenarnya punca dan adakah kita sememangnya sedang berdepan dengan apa-apa komplikasi kesihatan tanpa kita sedari.
Kebiasaannya, kesan lebam seperti ini selalu muncul apabila seseorang itu semakin berusia!
Ini berikutan keadaan kulit manusia yang semakin menipis seiring dengan usia. Lapisan lemak yang melindungi kulit daripada kecederaan atau luka juga tidak lagi setebal dahulu, lalu kulit kelihatan lebih pucat.
Nampak seperti perkara remeh. Akan tetapi, jika kita mulai perasan ada kesan lebam yang muncul tanpa sebab seperti pada lengan, peha, punggung mahupun pada wajah, seharusnya kita harus berwaspada.
Sumber Foto Hiasan : Considerable
Sumber Foto Hiasan : Skatelog Forum
Ini besar kemungkinan terjadi kerana kekurangan kadar protein dan vitamin yang signifikan dalam badan kita. Vitamin B12 sebagai contoh membantu perkembangan sel darah merah manakalah vitamin K penting dalam pembekuan darah.
Sementara itu, vitamin C pula membantu membina kolagen dan protein lain.
Ada juga pakar yang menasihati agar kita mengetahui jika keluarga sendiri mempunyai latar belakang penyakit Von Willebrand yang merupakan penyakit keturunan. Ia adalah gangguan proses pembekuan darah dalam badan.
Akhir sekali, kesam lebam secara tiba-tiba juga mudah terjadi kepada pesakit kencing manis. Diabetes boleh menganggu pengaliran darah apabila pesakit mempunyai kadar glukosa berlebihan dalam darah sehingga merosakkan pembuluh darah.
*
Apapun, temui terus doktor dan dapatkan nasihat pakar sekiranya kesan lebam pada badan korang tidak berkurangan okay.
BACA LAGI : Mata Lebam Macam Panda? Kurangkan Kesan Dengan 4 Sayuran Ni – REMAJA