Mengikut perancangan awal yang diumumkan Resorts World Genting pada Februari lalu, taman tema Genting SkyWorlds sepatutnya sudahpun sedia untuk menerima kunjungan orang ramai bermula Jun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya, Genting Skyworlds Bakal Dibuka Pertengahan Tahun 2021 – REMAJA
Setelah beberapa kali projek taman tema di kawasan pergunungan popular itu tergendala semasa fasa pembinaan dan persiapannya, Genting SkyWorlds secara rasminya telah hampir disiapkan!
Malangnya, rakyat Malaysia terpaksa menunggu sedikit waktu lagi sebelum berkesempatan menikmati keriangan di sana berikutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang kini sedang dilangsungkan di seluruh negara bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular.
Menurut sumber daripada Maybank Research*, Genting SkyWorlds dijangka dibuka kepada orang ramai pada bulan Disember 2021 apabila Malaysia sudah semakin stabil dalam menangani jumlah kes baharu Covid-19.
Namun apabila ia dibuka kelak, korang pastinya tidak sabar untuk menaiki lebih daripada 20 tarikan terbaru di sembilan buah kawasan bertema yang ditempatkan di dalam Genting SkyWorlds!
Antara yang bakal menjadi rebutan pengunjung untuk dicuba tentunya adalah coaster : Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing di Dynamic Attractions, dark ride di Night at the Museum : Midnight Mayhem, lebih ride di Invasion of the Planet of the Apes dan di zon Ice Age: Expedition Thin Ice.
Selain itu, terdapat juga zon lain yang sama menariknya seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town, Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.
Pada minggu ini, Ketua Taman Tema & Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience) Resorts World Genting, Gregory Pearn
telahpun memberikan sedikit sneak peak di sekitar Genting SkyWorlds menerusi beberapa hantaran foto di Instagram Story miliknya. And we cannot help to welp, nak pergi!Selain daripada ride di kawasan taman tema kering, korang juga perlula sediakan pakaian ekstra okay kerana terdapat kawasan taman tema basah dengan water rides. Selain itu, ada juga tarikan lain yang wajib dikunjungi seperti restoran bertema yang pelbagai.
Urgh lihat sajalah foto-foto yang dikongsikan beliau di atas.
Sama-samalah kita berharap agar keadaan pandemik di Malaysia akan pulih dengan segera. Takkanlah
korang tak nak ke Genting SkyWorlds ini kan? Hehe..* Maybank Research melaporkan pakar analisa Samuel Yun Shao Yang memotong jangkaan keuntungan yang akan diperolehinya daripada pembukaan Genting SkyWorlds untuk tahun 2021 disebabkan penangguhan ini. Beliau menurunkan jangkaan pengunjung ke sana pada tahun ini daripada 12 juta orang kepada 8.5 juta orang saja; kira-kira 29 peratus lebih rendah.