Karya terbaharu lakonan bintang hebat tanah air, beto Kusyairy, Diana Danielle dan arahan Nik Amir Mustapha berjudul Imaginur kini menjadi fenomena di media sosial kerana dikatakan jalan cerita yang menyentuh hati dan menarik.
Menerusi platform Twitter, tidak sampai sejam menawarkan tiket percuma filem tersebut kepada pengguna bertuah, tawaran daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendapat sambutan hangat dan ‘licin’.
“Slot telah penuh! Hanya mereka yang berjaya akan dihubungi beserta dengan maklumat program. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!,” ciapnya ringkas tanda penghargaan.
Menerusi ciapannya pada sejam yang lalu, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi Twitternya berkata, dia ingin belanja sebanyak 50 keping tiket wayang percuma kepada pengikutnya.
Ads
“Saya mahu belanja tengok wayang Imaginur pada hari Rabu (esok), pukul 9.15 malam, berdekatan kawasan Lembah Klang.
Ads
“Jom semua, kalau nak sertai mesej terus saya ‘Saya nak tengok Imaginur!’. Siapa cepat dia dapat, saya belanja 50 orang tiket percuma,” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alhamdulillah. Sebentar tadi di fb rasmi facebooknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri telah mewarkan berita gembira bahawa dirinya sudah bebas sepenuhnya dari COVID-19.
Akan berehat seketika di rumah kerana PKPB, bagaimana pun Menteri ini memaklumkan akan memfokuskan penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor.
Jelasnya, beliau buat masa ini, dirinya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Katanya lagi, dirinya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab hanya dari rumah sahaja buat sementara ini. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosialnya.
Dalam perkongsian sebentar tadi, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri menulis, a alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.
Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta. Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta. Yang berkhidmat kerana-Nya
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhir tahun lalu, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan beberapa lokasi pawagam mereka kerana menanggung kerugian akibat situasi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, dengarnya Golden Screen Cinemas (GSC) telah membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO.
Namun, selepas pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berlaku selama sebulan, MBO telah memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka dengan menulis catatan “It’s been a while. Signing out now”.
Hantaran itu telah mendapat lebih daripada 2.7 ribu perkongsian dengan hampir 2,000 komen.
Rata-rata daripada pengikut MBO Cinemas menzahirkan rasa sedih kerana pawagam itu menjadi antara tempat favorite mereka untuk menonton wayang.
Bukan hanya pawagam sahaja, kami yakin banyak lagi sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan atau pun keluarga kita yang turut terkesan pendapatan mereka sepanjang beberapa tahun ini.
Semoga rakyat Malaysia terus kuat untuk menerima dugaan ini.
Ibu pelakon Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang maut dalam insiden terjatuh dari bot laju sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai, telah menidakkan tindakannya untuk memaafkan dua orang saksi dalam bot kejadian itu adalah disebabkan oleh wang pampasan yang ditawarkan kepadanya.
Panida Siriyuthayothin kini menjadi tumpuan peminat hiburan Thailand selepas kes kematian Tangmo, 37 telah berlanjutan lebih dari seminggu.
Pelakon Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong.
Panida baru-baru ini difahamkan menerima tawaran sejumlah wang bernilai 30 juta Baht atau kira-kira RM3.8 juta sebagai pampasan untuk kematian tersebut oleh pemilik bot laju, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit.
Pada masa yang sama, Panida menerusi segmen temubual di rancangan Hone Krasae dekat TV Channel 3 berkata, dia telah memaafkan Por dan pemandu bot, Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun walaupun dia didapati tidak mempunyai lesen bot laju sah setelah disiasat oleh pihak polis.
Kata Panida, dia menerima panggilan telefon daripada Por pada hari Jumaat minggu lalu (sehari selepas insiden) untuk memohon maaf dan Por meminta untuk menemui Panida secara peribadi.
Berbanding pengurus Tangmo, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat yang hanya menghubungi Panida tiga hari selepas kematian Tangmo, Panida lebih merasakan Por ikhlas ketika menghubunginya lalu memaafkan Pordan Robert.
Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa dia tidak memaafkan Gatick akibat kelewatannya mengubungi Panida biarpun mereka agak rapat sewaktu Tangmo masih hidup.
Selain menawarkan wang pampasan, Por juga dikatakan telah berjanji kepada Panida untuk menjaganya sebagaimana pernah dilakukan Tangmo.
“Saya memaafkannya kerana dia (Por) berterusan cuba menghubungi saya dan dia tahu saya sedang marah,” ulasnya.
Tindakan Panida memaafkan dua orang saksi insiden secepat ini tidak begitu disenangi oleh warganet. Ia menguatkan spekulasi mereka bahawa ibu Tangmo itu mementingkan wang berbanding mencari kebenaran di sebalik kes tragis anaknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...