Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan

Share
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila isteri tercintanya, Fazeera Nazri kini sedang hamil lima bulan.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri pelakon itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

Menerusi klip video tersebut, Fizo dilihat sedang memeriksa perut bayinya, Wan Khaleeda kerana mengalami kembung angin. Kemudian, isterinya yang tiba-tiba datang dan memberitahu perutnya juga berasa tidak selesa.

“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” ujar Fazeera. Mendengar rungutan manja isterinya, Fizo terus memeriksa perut wanita itu dan terkejut kerana berlaku pergerakan (menendang).

“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” seloroh Fizo sambil ketawa bersama isterinya.

Dalam video berkenaan, bekas peserta Hero Remaja itu juga memaklumkan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Mawar Karim, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.

Sekadar informasi, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Fizo Omar

Published by
Fath