Bagai melukut di tepi gantang di negara sendiri itulah perumpamaan yang boleh digunakan untuk nasib oelarian Syria ini.
Dalam keadaan dunia yang diselubungi dengan kehadiran virus Koronavirus, pernahkah anda terlintas difikiran tentang keadaan di Kem Pelarian Syria?
Tapi baru-baru ini kisah seorang ayah yang merupakan pelarian Syria nekad menjual buah pingangnya semata-mata bagi membeli sebuah khemah untuk lapan orang anaknya berteduh memang menyayat hati.
Kisah beliau yang diceritakan wartawan foto, Aref Wedd di laman Facebook miliknya menunjukkan lelaki berkenaan, Jamal Baroud memegang plakad menawarkan pembelian organnya.
Jamal sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit ditahan atas alasan kegiatan revolusinya dan diseksa sehingga patah leher yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.
Selepas berpindah, Jamal memberitahu keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun sudah merayu kepada setiap organisasi bantuan kemanusiaan adalah gagal.
Lapan orang anaknya yang sudah dua tahun tidak bersekolah masing-masing turut mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah buah pinggang, tumbesaran, sawan dan sebagainya.
Hantaran Aref kemudiannya menjadi tular dan Jamal ditawarkan pelbagai bantuan oleh orang ramai. Enggan menerima bantuan kewangan, Jamal hanya mahukan rawatan untuk anak-anaknya.
Pernah terfikir untuk membunuh diri supaya anak-anaknya mampu berehat, Jamal akui tidak sanggup melihat anak-anaknya mati akibat kelaparan dan kesejukan.
Memasuki tahun kesembilan, kegagalan mencapai kata diplomasi menyebabkan berlakunya perang saudara antara Turki dan Rusia sehingga menyebabkan kawasan barat laut Syria, Idlib dihujani bom.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari la kita doakan agar nasib pelarian Syria ini terbela.
Sumber: Zamanalwsl