Keghairahan individu pada produk-produk kesihatan dan kecantikan yang di jual di pasaran adalah sangat membimbangkan. Ini kerana, produk yang dijual tidak mempunyai bukti saintifik tentang keberkesanannya, malah boleh mengundang bahaya.
Masih ramai yang terpedaya dengan iklan dan testimoni yang di muat naik di media sosial. Barangan-barangan tersebut bukan hanya tidak bermanfaat, namun ia juga hanya membazirkan wang kerana harga yang dijual juga bukan ‘biasa-biasa’.
Terdapat lambakan pelbagai produk yang berunsurkan penipuan dengan pelbagai perakuan kesihatan dan manfaat luar biasa dijual secara online.
Ada pula peniaga yang tidak bertanggungjawab cuba menipu dengan mendakwa produk tersebut telah mendapatkan perakjuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut kami kongsikan antara produk ‘scams’ yang tidak sangka dibeli oleh ramai orang menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia.
1. Krim payudara
2. Fake braces
Ads
3. Seluar dalam tambah saiz zakar
4. Alat memancungkan hidung
5. Singlet 6 pack
Ads
6. Bengkung menguruskan badan dan menegangkan payudara
7. Ubat tambah ketinggian
8. Herba tambah ketinggian
Ads
9. Kapsul memutihkan kulit
10. Minyak membesarkan alat kemaluan
11. Ubat pekatkan air mani
Tidak adalah istilah jalan singkat untuk korang dapatkan kecantikan dan kesihatan dalam jangka masa pendek ya. Jadi sebelum beli fikirlah semasak-masak yang mungkin. Hiks!
Tidak dinafikan, ramai pelancong ternanti-nanti peluang ini untuk ke Malaysia setelah lebih dua tahun kita terpaksa melupakan niat untuk ke luar negara akibat pandemik COVID-19.
Susulan pembukaan semula sempadan Malaysia sejak jam 12 tengah malam tadi, ratusan kenderaan terutamanya daripada sempadan darat negara dengan Singapura telahpun mula masuk demi mengubat rindu berada di sini.
Dijangka, lebih ramai pelancong terutamanya warga Singapura yang akan memasuki negara terutamanya ke Johor Bahru dalam tempoh terdekat. Menurut penduduk Johor, mereka sudah bersedia untuk menyambut ‘kepulangan’ warga Singapura ini kerana merekalah di antara sumber pendapatan mereka tatkala berkunjung ke sini.
Antara lokasi yang dijangka bakal penuh dengan kelibat pelancong ialah Stadium rasmi pasukan JDT, Stadium Sultan Ibrahim. Kongsi Ketua Unit Komersil Kelab Bola Sepak JDT iaitu Kevin Ramalingam, pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ingin menjadikan stadium itu sebagai pusat ikonik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Lalu, pelbagai tarikan bakal diperkenalkan di sini termasuklah JDT Hummer Tour dan pembukaan restoran baharu.
Orang ramai kini berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin untuk mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim bermula 1 April pada kadar bayaran serendah RM30 saja!
“Bagi peringkat awal, JDT Hummer Tour beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari pukul 9 pagi gingga 6 petang. Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkidmmatan ini akan diadakan pada setiap hari disertakan dengan peluang melawat ke dalam stadium.”
Beliau berkata demikian semasa lawatan bersama rakan media semalam yang berpeluang menaiki lomosi tersebut untuk mengelilingi stadium berkenaan.
Selain itu, pelancong juga akan teruja dengan pembukaan Restoran Woodfire Burger yang popular di Johor di samping beberapa lagi buah restoran yang ditambah di kawasan stadium.
Kami rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara pun sebenarnya tak sabar untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Hummer tersebut! Bagi korang yang berkesempatan berada di Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal ke Stadium Sultan Ibrahim ini. Tapi pastikan SOP tidak dilupakan okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah menjadi tradisi setibanya musim perayaan di Asia, ramai kini memilih untuk bercuti ke luar negara selepas mereka tamat menyambut pada hari pertama perayaan.
Baru-baru ini, ramai berfikiran Malaysia lah destinasi percutian utama pilihan pelancong asing dari benua Asia. Ini susulan timbul laporan bahawa Malaysia akan menerima kemasukan ramai pelancong dari China sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Hakikatnya, Malaysia sekadar berada di tangga kedua dalam senarai carian tertinggi pelancong di Asia menurut data yang dikumpul oleh platform percutian digital global, Agoda.
Sebaliknya, destinasi paling dicari oleh pelancong asing sempena Tahun Baru Cina 2023 ialah –
.. Jepun!
Berdasarkan data carian Agoda, Jepun ialah destinasi pilihan pertama pelancong dari Asia untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina 2023. Kemudian barulah diikuti oleh Malaysia, manakala destinasi ketiga paling popular ialah Thailand.
Difahamkan, Malaysia dan Thailand menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun kerana mereka menggemari negara-negara beriklim panas seperti kita tatkala negara mereka dilanda musim sejuk pada awal tahun.
*
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agoda iaitu Omri Morgenshtern, trend percutian sewaktu musim perayaan pertama pada tahun 2023 ini adalah satu petanda baik. Ia menunjukkan keyakinan pelancong untuk bercuti di luar negara telah berjaya dikembalikan selepas pandemik COVID-19 kian beransur pulih.
Pihak Agoda juga meletakkan bandar Tokyo, Osaka dan Fukuoka sebagai tiga destinasi di Jepun yang paling dicari-cari di internet oleh pelancong asing. Jangan terkejut jika korang terjumpa BFF sewaktu bercuti di tiga bandaraya ini!
Di Malaysia pula, pelancong asing lebih tertarik untuk ke ibu negara Kuala Lumpur, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang.
Bagi pelancong yang memilih Thailand sebagai destinasi pilihan mereka pula, rata-rata menggemari percutian dalam bandar di Bangkok, diikuti Pattaya yang terkenal dengan tarikan pesta pantai (beach party) dan Chiang Mai yang kaya dengan unsur kebudayaan.
Sebagai info, data yang diperolehi oleh Agoda ini adalah berdasarkan data carian dari negara pasaran asal di Asia bagi tempoh 8 Januari – 15 Januari 2023 dalam kalangan penggunanya yang menetapkan tarikh melancong dari 21 Januari – 24 Januari 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejadian buli melibatkan beberapa pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) dan juga di institusi pendidikan bukan satu omong kosong, tetapi nyata berlaku sehingga membahayakan nyawa...