Tahun 2023 nyata tidak mengecewakan apabila bercakap soal makanan dan snek.
Jika dua minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang pengenalan snek edisi terhad OREO x Blackpink di pasaran Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Misi Kumpul 10 Kad Bergambar Bermula! Edisi Oreo x Blackpink Sudah Dijual Di Malaysia – REMAJA
Kali ini, satu lagi snek kegemaran masyarakat Malaysia yang diberikan ‘twist’ baharu sudahpun menerpa rak jualan di sekitar kawasan korang dan ia tidak lain tidak bukan adalah idea asal daripada Twisties.
Jenama popular yang telah berada di Malaysia selama lebih 50 tahun itu memperkenalkan perasa ‘Nasi Goreng Berasap’; sejenis perasa selalu ditempah di kedai makan, dimasak di rumah dan tentunya yang dekat dengan hati jutaan rakyat Malaysia.
Pada gigitan pertama, korang sudah dapat merasakan perasa smokey yang familiar dengan hidangan nasi goreng. Korang juga dapat mengagak perasa telur mata yang selalu digoreng bersama di dalam kuali demi menjadikannya lebih oomph!
Perasa Nasi Goreng Berasap ini adalah sebahagian daripada beberapa perasa ‘Malaysia’ baharu yang diperkenalkan oleh Twisties baru-baru ini.
Pastinya korang pernah menemui pek bungkusan Twisties berperisa BBQ Curry, Kaya Butter Toast dan Chicken & Cherry Tomato.
Kini tiba masa untuk mencuba perasa Nasi Goreng Berasap pula.
Apa lagi, dapatkan pek pertama korang secara atas talian di Shopee dan Lazada; serta di stor fizikal dan kedai runcit.
Dijual pada harga RM2.13 (Semenanjung Malaysia) dan RM2.34 (Sabah Sarawak), jangan lupa mengambil foto dan muat naik ke media sosial dengan tanda pagar #EmbraceYourGoreng.
P.S: Sedap juga kalau tabur atas Maggi Goreng kan! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.