
Kehangatan Pencarian Hero Remaja semakin dirasai apabila rata-rata daripada mereka sudah mempunyai followers tegar sendiri.
Ke mana saja finalis Hero Remaja pergi, pasti ada saja yang tak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama mereka. Pendek kata, belum pun habis program ini disiarkan di kaca TV, tapi populariti yang dikecap mereka setanding dengan selebriti tempatan di luar sana.
Nak berkenalan rapat dengan kesemua finalis Hero Remaja 2017? Berita baik buat anda kerana majalah Remaja (Julai-September) yang merupakan edisi perkenalan 20 finalis ini dijual dengan harga hanya RM1 pada jualan MyCyberSale kali ini.
Online sale terbesar & tergempak di Malaysia
Apa yang kami tawarkan di Karangkraf Mall Online setiap hari sepanjang 9 hingga 13 Oktober ini?
- Majalah dan buku RM1, RM3, RM5, RM10
- Buku resipi terpilih 30%” Lebih 50 pakej super jimat
- Flash sale RM1 setiap hari” Free shipping untuk pembelian lebih RM100
- Hadiah misteri eksklusif
- Baucar tunai percuma
- Cabutan bertuah
Flash sale ini dilakukan pada setiap hari jam sepanjang MyCyberSale ini setiap hari jam 10-11 pagi dan 3-4 petang.
Pembelian boleh dibuat di website mall.karangkraf.com
Jom, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Diskaun gila-gila macam ni tak selalu datang bergolek tau. Hiks!
PRU14 – Proses Pilihan Raya Yang Pengundi Pertama Seperti Korang Perlu Tahu

Isi Kandungan
ToggleNampaknya topik pilihan raya menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh semua peringkat usia termasuklah golongan muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali.
Ke mana sahaja kita pergi dan di pelbagai laman media sosial, kita tidak dapat lari daripada membaca pelbagai posting berkaitan dengan pilihan raya sama ada dari friendlist, sharing post atau sponsored post daripada parti-parti yang bakal bertanding.

Pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jatuh pada 9 Mei 2018. Manakala bagi tarikh penamaan calon pula pada 28 April dan pengundian awal pula jatuh pada 5 Mei 2018.
Jadi apakah proses yang akan berlaku selepas ini?
Usah khuatir dan gundah gulana. Remaja akan terangkan dengan seringkas yang mungkin.
HARI PENAMAAN CALON
Ia merujuk kepada hari yang ditetapkan SPR bagi semua calon mengemukakan kertas-kertas penamaan. Ia MESTI dikemukakan di antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada hari penamaan. Dalam kes di mana seorang sahaja calon dicadangkan, Pegawai Pengurus akan isytiharkan menang tanpa bertanding.
PERTARUHAN
Wang tunai berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan pada hari penamaan calon. Sekira GAGAL mendapat 1/8 atau 12.5 peratus undi, calon akan hilang wang deposit.
PENGGUNAAN SIMBOL
Calon boleh menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran daripada Ketua Parti berkenaan. Bagi calon bebas pula perlu memilih simbol yang disediakan oleh SPR untuk dicetak di kertas undi.
KEMPEN
Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002, kempen HANYA BOLEH DIMULAKAN selepas selesai proses penamaan calon dan perlu dihentikan jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.
HARI MENGUNDI
Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan.
Untuk maklumat lebih terperinci korang boleh layari laman sesawang rasmi SPR.
TRIVIA PRU14
Jumlah rakyat Malaysia yang layak mengundi bagi PRU14 ialah seramai 14,940,624 orang
Daripada jumlah di atas seramai 300,255 orang pemilih awal (tentera/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara.
Seramai 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik bagi menjalankan proses PRU14.
Bagi pemantauan, SPR menubuhkan sebanyak 445 Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PP-KPR).
259,391 orang awam dilantik sebagai petugas untuk mengendalikan proses PRU14
Sebanyak 8,989 premis bangunan akan digunakan sebagai pusat membuang undi yang mengandungi 28,996 saluran mengundi
Dianggarkan PRU14 bakal menggunakan belanjawan sebanyak RM500 juta
Gelaran ‘Council Of Elders’ Jadi Tumpuan Netizen, Ini 10 Memes Pilihan REMAJA!

Isi Kandungan
ToggleMemasuki hari ketiga selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masih tidak gagal mengejutkan ramai pihak yang menantikan pembaharuan daripada beliau.
Terbaru, Tun M mengumumkan ‘Council of Elders’ atau senarai Majlis Penasihat kepada Kabinet Malaysia yang akan datang. Khasnya bagi memastikan 100 hari selepas pembentukan kerajaan baru Malaysia berjalan dengan lancar.
Untuk jangka masa panjang pula, pakar negara yang diakui mempunyai kredibiliti luar biasa dalam bidang masing-masing ini juga bertindak sebagai penyedia ‘idea dan solusi’ untuk diserahkan kepada kementerian yang diwakili di dalam Kabinet Malaysia agar senarai Menteri baru yang bakal (atau sudahpun dilantik) dapat berkhidmat pada jalan yang seiring dengan keperluan rakyat dan negara.
5 nama individu yang tersenarai ialah Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984 – 1991 / 1999 – 2001), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara 2000 – 2016), Tan Sri Hassan Marican (CEO & Presiden Petronas 1995 – 2010), Robert Kuok (Individu terkaya Malaysia dengan aset berjumlah RM61 B hasil perniagaan gula) dan Professor Dr Jomo Kwame Sundaram (Ahli Ekonomi terkemuka dengan sijil kedoktoran dari Universiti Harvard).

Haa, amik kau! Semuanya punya pengalaman yang cukup meluas untuk membantu negara, insyaAllah.
Rakyat dilihat teruja dengan ‘Council of Elders’ ini sehinggakan mereka sempat membuat memes menarik dan kreatif. Cer tengok mana satu favourite korang:
01
Malaysia has a Council of Elders. OMG. pic.twitter.com/5RYflBL3RF
— Sharmine Ishak (@sharmineishak) May 12, 2018
02
Gorosei. Five elder stars.
Council of elders.
Tun M watches One Piece. OMG! ? pic.twitter.com/CH9oBx0yzr
— Arina Ali (@mizreena) May 12, 2018
03
The Council of Elders@chedetofficial pic.twitter.com/QFISfNpdu1
— Barry (@Ooib) May 12, 2018
04
Msian so hype up about council of elders. The hulk omg ????? pic.twitter.com/zrrfhkGBJp
— ?Heart, Mind & Soul (@nasuha_ycj) May 12, 2018
05
06
Council of Elders pic.twitter.com/9B6S8m9che
— Mujahid Mansor (@mojasama) May 12, 2018
07
Council of Elders remind me with this ? pic.twitter.com/HKwDbWRK7K
— Unfathomable (@cukicukx) May 13, 2018
08
The Council of Elders. Now we must give Tun Daim, Tan Sri Zeti and the others a silk cloak and a staff. By virtue of the Valar, assisted by the Lady of Lorièn, Wan Azizah. pic.twitter.com/XznyzPxaP0
— A. Mu’iz (@MuizRazakMR) May 12, 2018
09
Our Council of Elders pic.twitter.com/BkVsEODvKP
— Khuzairie (@KhuzairieMhzn) May 12, 2018
10
First photo of Malaysia’s new Council of Elders. (Not Fake ?) circa 2018.
Jokes aside, the announcement is really.. excuse me for my lack of vocabulary.. invigorating. #MalaysiaBaru #CouncilOfElders pic.twitter.com/kz2zRuqiih
— ruki kenishiro (@kenishiro) May 12, 2018
So, mana satu favourite korang?
“Tidak Perlu Berhutang Untuk Nampak Mewah,” Khairul Aming Selesa Kekalkan Gaya Hidup Sederhana Walaupun Raih Pendapatan Tinggi

Terbaru perkongsian pempengaruh terkenal, Khairul Aming berkenaan gaya hidupnya yang sederhana menjadi perhatian ramai. Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, personaliti media sosial yang kini berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, Khairul Aming menafikan memiliki hidup mewah ketika bekerja sebagai jurutera industri minyak dan gas sebelum ini.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, walaupun gaji permulaan industri berkenaan besar, beliau memilih bersederhana kerana tanggungjawab kepada keluarga.
“Orang kata kerja oil and gas mesti stabil. Oil and gas memang ada gaji permulaan yang orang kata ‘sihat’, tapi dia ‘sihat’ kena tengok tanggungan juga.
“Kalau kau menanggung seluruh keluarga tidak cukup juga,” katanya.
Khairul Aming malah mengimbas kembali kehidupan awalnya yang membesar dalam keluarga sederhana.
Bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan manakala ibunya hanya menjual kuih-muih.

“Dari kecil sampailah besar, saya jual kuih. Situasinya, saya duduk Kuala Lumpur. Kena tanggung kos rumah sewa, kereta untuk keluarga. Saya juga menanggung ibu bapa. Jadi simpanan pun sedikit, dalam RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.
Ramai yang mempersoal tindakannya tidak bermewah biarpun sudah mencapai status jutawan namun Khairul Aming mempunyai alasannya tersendiri.
“Orang kata kenapa tidak bermewah-mewah? Bila dalam keadaan yang mana duit itu cukup tetapi kamu berharap ada lebih. Apabila diberikan rezeki lebih, kamu tidak mahu lagi berada dalam keadaan itu.”
“Contohnya, kamu rasa hidup kalau ada gaji RM10,000 sebulan, semua masalah hidup akan hilang. Bila sudah capai RM10,000 sebulan, kau belanja RM9,500, tinggal RM500.”
“Memang tak cukup. Kamu rasa terbeban dan rasa kalau ada RM100,000 sebulan, hidup akan tenang. Tetapi apabila sudah dapat RM100,000 sebulan, beli pula kereta mewah dengan bayaran RM95,000 ribu sebulan dan yang tinggal hanya RM5,000. Kamu mula rasa tidak cukup lagi. Sampai ke sudah tidak akan habis,” katanya.

Justeru, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat itu mengambil pendekatan lain. Walaupun jumlah pendapatan bertambah beliau tidak menaikkan perbelanjaan. Pesannya tidak perlu berhutang demi kemewahan agar kehidupan lebih tenang pada kemudian hari.
“Apa yang saya buat, saya naikkan pendapatan tapi kekalkan perbelanjaan sampailah ada satu jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan.”
“Ketika itu, barulah saya tingkatkan gaya hidup saya dengan mengambil sebahagian daripada pendapatan. Nak beli apa-apa, beli terus. Boleh bayar secara tunai. Tidak perlu hutang sangat, kamu boleh tidur dengan tenang,” tambahnya lagi.
“Itulah sebab kenapa tak upgrade sangat hidup. Ia adalah pendapat peribadi saya,” kongsinya.
Pada 2022, pempengaruh yang terkenal dengan tagline ‘What’s up guys’ itu mendedahkan belum memiliki rumah dan tidak membuat pinjaman peribadi manakala keretanya ialah Perodua Bezza biarpun mampu untuk memiliki lebih daripada itu. Katanya, beliau banyak melaburkan wang dalam perniagaan sambal dengan membeli aset yang diperlukan seperti mesin.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.