Baru sahaja ‘turun padang’ dan melepaskan rindu kepada peminat di Malaysia pada April lalu, kini kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE mengumumkan sekali lagi khabar gembira buat BOICE di Kuala Lumpur!
Terbaru, agensi CNBLUE, FNC Entertainment melalui laman sosial berkongsi poster pengumuman konsert ‘2024 CNBLUE LIVE – VOYAGE into X IN ASIA’ yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini.
Menurut agensi berkenaan, kumpulan yang menjadi salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop itu akan melawat beberapa bandar di negara Asia seperti Macau, Taipei, Bangkok, Kuala Lumpur, dan Hong Kong.
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa dan bagi butiran tempat, tarikh, dan pembelian tiket di Malaysia masih belum rasmi dikeluarkan.
Sekadar info, CNBLUE dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) mula meraih populariti pada tahun 2009. Kumpulan pop rock ini pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hingga sekarang.
Woah! Memang seronok betul kalau jumpa dua kali setahun macam ini kan!
BACA: Turun KL Selepas 10 Tahun, Konsert CNBLUE April Ini Akan Gamit Kenangan Peminat ‘OG’ K-pop
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.