Kali terakhir penulis mengadakan photoshoot bersama pelakon drama hangat, Jangan Benci Cintaku ini adalah pada Oktober 2016.
Pada waktu itu, Majalah Remaja menampilkan Zahirah Macwilson, 23 sebagai penghias cover untuk isu Terima Kasih Kekasih! Tiga tahun berlalu, dan sekali lagi kami menjemput Zahirah untuk bersama-sama penyanyi Ernie Zakri sebagai penghias cover isu Julai-September 2018 dengan tema #GirlPower!
Penulis tertanya-tanya, apakah yang berubah pada diri seorang Zahirah Macwilson sepanjang tiga tahun itu?
“Dah tentu, saya semakin matang. Sedikit sebanyak, sifat naif dan kebudak-budakan ketika saya baru mula bekerja sebagai pelakon dulu sudah dapat dikikis. Pada masa tu, saya baru nak memahami perasaan bekerja walaupun baru berusia 20 tahun,” katanya yang popular dengan drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Rupa-rupanya, ada satu perkara lagi yang dia belajar daripada pengalaman..
“I do realize that – hhm – not everybody is nice... (ketawa).
Tapi iyalah, saya sendiri belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. Tak perlu untuk saya layan orang sebegitu.” Hhm, siapa agaknya yang tak berapa nak nice tu hehe.
Walaupun korang nampak Zahirah seperti seorang yang confident dan sentiasa nampak ready ketika menghadiri sebarang majlis atau di dalam drama lakonannya sendiri, Zahirah mengakui dia bukanlah seorang yang yakin sejak kecil lagi.
“Saya selalu bercakap dengan cermin. Just pandang cermin dan berikan pep talk kepada diri sendiri. Kita tak boleh harapkan orang lain untuk menyokong dari belakang. Kita sendiri perlu kuatkan kepercayaan diri sendiri.
“Terutamanya untuk remaja perempuan yang ingin bekerja pada usia muda seperti saya dulu. Tak kiralah kita sudah bersedia dengan macam-macam jenis sijil di dalam fail, sebenarnya pengalaman itu adalah jauh lebih penting. Kalau korang yakin untuk bekerja, just go for it
. Tapi pastikan korang ada future goals. Jangan hanya bekerja untuk mengisi masa lapang, rugi kalau begitu.“Dulu semasa kawan saya yang lain masih enjoy dengan zaman remaja mereka, saya memilih untuk bekerja. So I have always been the working girl in the family, mungkin kerana rasa tanggungjawab sebagai anak sulung.
Sebenarnya bagus juga kalau kita mula bekerja awal, kita sudah ‘diajar’ untuk tak sesekali menangguh kerja atau perancangan yang dibuat.
“Betul. Kalau asyik postpone, akhirnya korang memang tak akan buat pun plan tu,” jelasnya lagi.
Bercakap mengenai isu #GirlPower yang dibawakan oleh Remaja, Zahirah sifatkannya sebagai salah satu sebab mengapa dia memilih bidang lakonan. “Setiap kali saya menerima watak tertentu, I will always learn something from the character.
“Contohnya Athea di dalam Tak Ada Cinta Sepertimu. ‘Dia’ mengajar saya untuk memahami pengorbanan seorang ibu tunggal yang terpaksa lepaskan impian belajar dan bekerja untuk menjaga ayah, anak dan anak buahnya.
“Watak Fika di dalam Jangan Benci Cintaku pula lebih bubbly dan cheeky. Namun dia ada pendirian tegas. It shows that walaupun seorang perempuan mempunyai perwatakan berbeza, sesiapa saja boleh menjadi kuat dari luar dan dalam.”
Untuk membaca artikel penuh bersama Zahirah Macwilson, dapatkan Majalah Remaja isu Julai – September 2018 korang, kini di pasaran!
#GirlPower