Ekoran daripada peningkatan gelombang ke tiga wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang terutamanya Selangor yang mencatat kluster terbanyak semalam, ramai yang menggesa agar kementerian menutup operasi persekolahan demi memutuskan rantaian wabak itu daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat kenyataan media berhubung penutupan sebahagian sekolah di daerah Petaling bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.
Sebanyak 298 sekolah di kawasan yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan tutup.
Ads
Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang akan ditutup di daerah Petaling, Selangor.
Ads
Untuk makluman korang, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke sama dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my, serta di platform media sosial rasmi KPM.
Ads
Bersama-samalah kita mendoakan agar wabak pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menikmati hidup seperti dahulu. Rindunya nak lakukan aktiviti harian tanpa rasa risau pasal virus maut ni.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Pelbagai aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Teams, Zoom, dan juga whatsapp.
Namun, bagaimana pula dengan para pelajar yang sukar mendapat capaian Internet demi menyiapkan tugasan yang diberikan guru?
Seperti di Indonesia, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian kerana tiada akses Internet di kawasan kediaman.
Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka perlu mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.
Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.
“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.
Ketua kampung juga bapa kepada Alodia, Warisna berkata, sejak penularan wabak koronavirus (COVID-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.
“Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.
“Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun,” katanya.
Katanya, pelajar-pelajar di kampung itu juga terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu demi mendapat talian Internet.
Dalam perkembangan lain, seorang pensyarah Universitas Negeri Padang, Desri Nora berkongsi beberapa keping gambar pengorbanan para pelajarnya demi tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.
Bila tengok kes macam ni, rasa bersyukurnya kita yang duduk di Malaysia ni kan.
Pernah tak korang jumpa nama yang pelik-pelik sampai tergeliat lidah nak sebut?
Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ridzwan Mahazan berkongsi pengalamannya di Twitter sewaktu berada di Jepun di mana masyarakat sana mengalami kesukaran untuk menyebut namanya.
Teringat kenangan dekat universiti dulu. Awal2 sem
Sensei panggil nama sorang2. Jepun nama pendek2 je, sampai giliran aku
“Inamoto kazuya”
“Haik”
“Hasegawa Naomi”
“Haik”
“Etto, muham muhammado ritsudzuwan bin norumahazan”
Selain itu, dia juga berdepan dengan proses sukar kerana budaya di Jepun mengamalkan panggilan nama keluarga sedangkan di Malaysia tidak mengamalkan perkara itu.
Susulan itu, ramai pengguna Twitter yang pernah berdepan dengan situasi sama berkongsi pengalaman mereka.
Difahamkan, kesukaran sebutan nama berlaku disebabkan ada abjad-abjad yang tidak wujud dalam tulisan Jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji.
Berbeza dengan huruf A-Z, Jepun mempunyai tulisannya sendiri membuatkan ada sebutan yang sukar disebut. Selain itu, nama orang Jepun selalunya terbahagi kepada dua iaitu nama keluarga dan namanya.
Untuk pengetahuan ramai juga, tidak ada dua nama keluarga yang sama di Jepun. Contohnya jika nama keluarga seseorang itu adalah Haruma makanya, hanya ada 1 keluarga sahaja di seluruh Jepun yang menggunakan nama keluarga itu melainkan berlakunya perkahwinan.
Apa-apapun, mungkin itu semua pengalaman manis berada di negara orang kan? Kemungkinan besar juga kita akan mengalami perkara yang sama bila terjumpa dengan orang dari negara lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana kita sedia maklum, kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan. Ramai yang teruja dengan berita kedatangan kumpulan terkemuka dunia ini termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, ramai netizen Malaysia yang masih kecewa apabila tiket konsert Coldplay: Music of the Sphers World Tour habis terjual dalam tempoh empat jam sejak penjualan hari kedua dibuka jam 10 pagi.
Untuk pengetahuan korang, vibes kumpulan muzik terkenal Coldplay ini begitu kuat di Malaysia kerana mereka dilaporkan pernah menjadi antara penyumbang utama kapal pembersih sampah di perairan negara beberapa tahun lalu.
Terkenal dengan lagu antaranya Fix You dan Paradise, Coldplay sebelum ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut. Antara pendukung kuat inisiatif hijau dunia, Coldplay menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” yang digunakan di Malaysia
Untuk info, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.
Interceptor 005 memerangkap hingga 100 tan sehari sampah
Interceptor adalah sebuah teknologi inisiatif The Ocean Cleanup yang mampu memerangkap hingga 100 tan sehari sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke laut.
Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini.
Sisa plastik dari sungai akan dibawa arus sehingga ke tempat pusaran sampah di tengah lautan, yang mana sampah sarap akan terkumpul di dalam arus berputar itu selama bertahun-tahun. Kekurangan tindakan untuk mencegah pencemaran ini akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan ekonomi.
Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.
Kapal pembersihan yang dibina oleh pertubuhan bukan berkepentingan Belanda The Ocean Cleanup itu ditaja sepenuhnya oleh kumpulan muzik dari British tersebut dipercayai telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2021 yang lalu.
Patutlah, lain macam vibes dan keterujaan rakyat Malaysia dengan konsert jelajah “Music of the Spheres” Coldplay yang akan diadakan di Malaysia pada 22 November nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...