Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Meskipun gagal meraih sebarang piala di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), penyanyi dan pelakon popular Naim Daniel berjaya mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan langsung di Malaysia.
Persembahan Naim Daniel dalam keadaan terbalik dan tergantung selama tiga minit di pentas AJL yang lepas.
Penyanyi berusia 26 tahun itu meluahkan rasa kesyukurannya di akaun media sosial beliau malam semalam dan menganggap bahawa pengiktirafan itu sebagai satu pembukaan yang baik buat dirinya sempena bulan Ramadan tahun ini.
“Terima kasih diatas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.
Ads
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni, dan ianya takkan berhenti disini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan.
“Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba,” tuturnya menerusi kemas kini di laman Instagram beliau.
Pada AJL yang lepas, pelakon Project High Council itu menyanyikan lagu “Mainan” yang ditulis dan digubah sendiri oleh Arisz Abdul Rahman, Firdaus Rahmat, Omar K, dan Mas Dewangga, sambil digantung dari kabel yang melekat pada kaki dan badannya.
Ads
Persembahan yang digelar paling ‘gila’dan ‘berani mati’ oleh tuan badan itu sendiri ternyata membuahkan hasil. Bukan sahaja ianya diterima dan disukai oleh para peminat, pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) ini juga membuktikan bahawa kreativiti dalam berkarya adalah satu perkara yang penting dan dihargai.
Sijil pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) kepada penyanyi tersebut.
Namun ujar penyanyi muda itu, beliau berharap agar orang ramai tidak mengulangi aksi lagak ngeri yang dilakukannya ketika mempersembahkan lagunya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas. Menurut beliau juga, sebelum persembahannya yang tular itu berlangsung, tahap pernafasannya dipantau rapi dan paramedik juga ditugaskan untuk berjaga-jaga bagi memastikan keselamatannya.
Sehingga kini, klip muzik video ‘Mainan’ telah meraih hampir 1.4 juta tontonan dan 23,000 tanda suka di laman akaun Youtube beliau. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Itulah pandangan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan isteri tercinta yang juga model terkenal, Hailey Bieber mengenai ibadah puasa.
Penyanyi lagu popular Love Yourself dan isterinya menerima kritikan hebat daripada warganet apabila melontarkan pandangan yang kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani oleh seluruh umat islam di dunia, pada waktu ini.
Justin berpendapat bahawa dia perlu berfikir dengan teliti sebelum memutuskan untuk tidak makan atau minum sepanjang hari kerana dirinya tidak pernah berpuasa.
“Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul,” katanya,” tuturnya.
Di samping itu, isterinya pula menyelar amalan puasa di bulan Ramadan seolah-olah tidak masuk akal. Baginya, dia percaya terdapat banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton televisyen dan berhenti bermain telefon pintar, namun berpuasa tanpa makan tidak masuk akal.
“Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya.
“Tapi kalau berpuasa makanan itu tidak masuk akal. Tapi kalau berpuasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya,” ujar model itu.
Difahamkan, Justin dan Hailey berkata demikian semasa melakukan sesi siaran langsung (live) di Instagram, dan akaun TikTok bernama Insertlive memuat naik semula potongan klip dari video live tersebut.
Disebabkan kekurangan pengetahuan pasangan itu mengenai Ramadan, peminat menggesa mereka untuk mempelajari serba sedikit tentang ibadah puasa serta menghormati bulan mulia ini.
“Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak,” kata salah seorang peminat.
“Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa, ujar peminat lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tapi tak salah kalau nak berangan mengenai momen perkahwinan idaman kita sementara masih single lagi kan? Hehe..
Biasalah perempuan, dari usia kecil lagi dah advance memikirkan jenis baju kahwin yang nak disarungkan nanti, berapa ramai tetamu nak jemput (“I nak buat kecil-kecilan je” – ah tipu!), apa tema pelamin dah macam-macam lagilah.
REMAJA pasti perempuan pernah melihat laman web baju perkahwinan walaupun sekali je semasa usia mereka masih belasan tahun. Dari situlah timbul obsesi nak menyarung gaun kahwin ala kebaratan kerana itulah yang telah mereka ‘hadam’ sejak kecil.
Tapi, kalau REMAJA katakan yang korang akan ubah fikiran untuk memilih konsep baju tradisional selepas ini, korang percaya tak?
Haa, sempena acara fesyen The Wedding KL yang berlangsung sehingga malam ini, REMAJA berkesempatan untuk singgah sebentar melihat paparan koleksi perkahwinan pereka fesyen tempatan. Dalam lautan rekaan gaun putih yang ditampilkan, kami tertarik dengan koleksi tradisional yang dibawakan oleh Zaimi Zulkafli.
Mengangkat tema tradisi namun kekal dengan identiti jenama itu sendiri yang kontemporari, Zaimi Zulkafli mengingatkan seluruh dewan akan kehebatan potongan baju tradisi seperti kurung Riau, Pahang dan pelbagai lagi.
Cuba tengok koleksi penuh oleh pereka adik-beradik ini. #longgarituindah
Dalam nukilan kapsyen di Instagram, Zaimi Zulkafli sempat berkata, “Ramai yang selalu bertanya nak buat apa dengan baju kahwin selepas tamat majlis nanti?
”Jadi, kami membayangkan koleksi timeless seperti ini untuk dibawa ke kelas mengaji mungkin atau ke mana saja,” tulis mereka dalam nada bergurau, namun ada kebenarannya.
Koleksi ini punya daya sensual dalam kesopanannya. Pemakai pun tak kurang cantik dan seri walaupun bergaya tradisional.
Apa pendapat korang? Onz tak Onz??
Walaupun lambat lagi nak kahwin pun, REMAJA rasakan kita boleh je sarungkannya untuk ke majlis kahwin, majlis formal atau sebagai baju Raya. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?
Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Dan selalunya orang yang gempal dan badan berisi lah yang selalu menjadi ‘target’ meraka ini dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’.
Sebentar tadi, pelakon Nabila Huda memuat naik satu posting berbau nada marah dan berang apabila ada segelintir pihak cuba bercakap mengenai saiz badannya. Menurut Nabila, budaya ‘body shaming’ ini harus diberhentikan dengan segera sebelum ianya menjadi parah dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ujar Nabila, dia memberi amaran keras kepada semua individu yang suka melakukan ‘body shaming’ agar tidak melakukan perbuatan tersebut lagi. Tambahnya, dia bakal menyakiti hati individu berkenaan sekiranya mereka masih melakukan hal tersebut.
Nabila turut memberitahu bahawa dia faham mengenai perasaan semua wanita dan lelaki di luar sana yang menjadi mangsa ‘body shaming’. Sebagai manusia, menurut pelakon dan juga anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy Search ini turut memaklumkan bahawa setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai kecantikan tersendiri. Oleh itu, siapa kita untuk menilai dan membezakan setiap manusia di atas muka bumi ini.
Rata-rata diruangan komen dipenuhi kata-kata semangat dan komen setuju dengan kenyataan pelakon ini terutamanya rakan-rakan artis.
So korang jangan nak body shaming orang suka hati je k…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...