Siapa tidak kenal dengan bintang terkenal dari Amerika, Megan Fox ini. Figura tersebut menjadi impian setiap wanita di luar sana kerana memiliki susuk tubuh badan idaman.

Bagaimanapun, tahukah anda? pelakon filem popular Transformers ini sendiri mengakui tidak menyukai tubuh badannya sendiri walau dirinya kerap tampil sebagai model pakaian berjenama.

ARTIKEL BERKAITAN: “la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya

Tak Suka Tubuh Badan Sendiri Sejak Zaman Kanak-Kanak, Megan Fox Dakwa Ada Dysmorphia

Lapor media CNN, Megan Fox mendakwa dirinya mempunyai masalah dysmorphia atau Body Dismorphic Disorder (BDD) iaitu satu keadaan seseorang mempunyai anggapan yang kuat bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan mereka.

Ads

“Saya mempunyai dysmorphia. Saya tidak pernah melihat diri seperti orang lain melihat saya.

“Tidak pernah dalam kehidupan saya mencintai tubuh badan saya. Tidak pernah,” katanya seperti yang dilaporkan.

Tak Suka Tubuh Badan Sendiri Sejak Zaman Kanak-Kanak, Megan Fox Dakwa Ada Dysmorphia

Ads

Selain itu, aktres berusia 37 tahun itu turut mendedahkan dirinya telah mempunyai perasaan tidak menyukai tubuh sendiri sejak zaman kanak-kanak lagi.

Fox bagaimanapun berharap agar masyarakat tidak menjadikan tubuh badan atau penampilannya sebagai hal pertama saat bertemu dirinya.

“Sewaktu saya kanak-kanak saya mempunyai obsesi dengan penampilan sendiri. Saya mahu semuanya kelihatan baik, seperti yang diinginkan dan perasaan itu (punya tubuh badan yang sempurna) tidak pernah berakhir.

Ads

Tak Suka Tubuh Badan Sendiri Sejak Zaman Kanak-Kanak, Megan Fox Dakwa Ada Dysmorphia

“Tetapi saya harap orang lebih tertarik dengan aura saya berbanding tubuh badan. Saya mempunyai aura seperti ‘pelangi’ dan itu sangat istimewa,” dedahnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Fanpage Megan Fox

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI