Kes positif COVID-19 nampaknya seperti tidak lagi berkurangan, malah lebih ramai individu yang dijangkiti virus berjangkit ini. Namun begitu, bermula pada 1 April 2022, negara kita bakal beralih ke fasa peralihan endemik dan ini bermakna kita sudah harus menjalani kehidupan seperti biasa dan menganggap COVID-19 sebahagian daripada kehidupan yang perlu dijalani.
BACA: Enam Item Wajib Ada Bagi Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Di Rumah
Akan tetapi, kini individu yang dijangkiti kebanyakannya hanya menerima simptom ringan dan pesakit tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di hospital mahupun pusat-pusat kuarantin. Individu positif COVID-19 hanya perlu kuarantin di rumah dan makan ubat yang dibeli sendiri bagi melegakan kesakitan jika simptom berlaku.
BACA: Tiada Lagi Gelang Pink, Ini Cara Kemas Kini MySejahtera Sekiranya Korang Positif COVID-19
Kebiasaannya, pesakit yang mengalami simptom ringan akan berasa sakit tekak dan juga demam biasa. Namun begitu, kesakitan tekak yang dialami mungkin menyebabkan pesakit tidak selesa kerana terpaksa menahan sakit yang teramat sangat.
Jadi, kali ini kami nak kongsikan ubat yang korang boleh cari di farmasi sekiranya mengalami gejala sakit tekak yang teruk. Info ini dikongsi oleh seorang bekas pesakit COVID-19 yang dikenali sebagai Puan Nur Hidayah.
Menurutnya, batuk yang dialami tidak berhenti dan tekak terasa sangat gatal. Batuk menjadi teruk pada waktu malam dan tidur pun terganggu dek kerana simptom itu. Macam-macam petua sudah dilakukan namun tidak berkesan.
Akhirnya, adik Nur Hidayah mencadangkan untuk membeli spray tekak di farmasi. Jadi, dia pun cuba spray di tekak dua ke tiga kali dan berasa sedikit lega. Selepas itu dia tertidur dan bila bangun batuknya terus hilang setelah berbulan lama.
Sebelum tidur, korang juga boleh spray sekali lagi dan Alhamdulillah, selepas itu dapatlah tidur dengan lena. Jadi, untuk menghilangkan rasa gatal tekak ini korang bolehlah cari Betadine Nasal Care di farmasi atau pun beli secara online.
Semoga informasi ini membantu dan dapat memberi manfaat kepada individu yang mengalami sakit tekak dan batuk teruk akibat COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)