Hati manusia siapalah yang tahu kan.
Malang tidak berbau apabila pelakon dan Juara Hero Remaja 2007/2008 , Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN : “Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa
Susulan kecederaan pada beberapa bahagian badan, Kamal Adli melalui laman instagramnya memberitahu kini dia sedang menggunakan ubat penahan sakit.
“Alhamdulillah alhamdulillah amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam lebam pada badan dan dijaga isteri.
“Terima kasih atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong Kamal,”titipnya.
View this post on Instagram
Selepas serangan pada Ahad lalu, pelakon Black itu menitipkan nasihat agar sentiasa mengutamakan keselamatan. Kamal juga menyuarakan trauma yang dialami isteri, Uqasha Senrose.
Enggan hubungan muhibah Malaysia-Singapura keruh selepas insiden serangan, beliau memohon agar warganet tidak berbalah.
“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya.
“Yang ketuk saya seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan gaduh-gaduh,” titipnya.
Hakim Daerah Terence Tay memaklumkan tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.
Lelaki itu didakwa di Mahkamah Negeri Singapura pada kerana “terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya”. Senjata iaitu cota besi telah dirampas sebagai bahan bukti. Sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.
Sebelum ini, Uqasha Senrose mengakui trauma dengan kejadian suaminya, Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Jualan Mega Hari Raya 2023 ,Singapore Expo baru-baru ini.
BACA LAGI : Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan – REMAJA
Sumber: Instagram Kamal Adli, Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.