Jeng jeng jeng, pengguna Instagram bakal menerima ciri baru yang membolehkan ibu bapa menarik nafas lega tapi para remaja mungkin akan mengeluh…huhu
Eh…macam menarik je kan?
Instagram dalam usaha menjadikan platformnya selamat digunakan oleh golongan remaja dengan memperkenalkan ciri Take A Break. Malah, ia telah pun diaktifkan dibeberapa negara antaranya di Amerika Syarikat, Australia, Ireland, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.
Hmm..macam mana ciri Take A Break?
Instagram berharap dapat mewujudkan platform yang lebih selamat untuk digunakan oleh remaja serta mengurangkan kerisauan di kalangan ibu bapa.
Jadi, mereka memperkenalkan ciri ini bagi pengguna remaja supaya diingatkan berehat seketika dari menggunakan aplikasi.
Turut diaktifkan ialah ciri tidak membenarkan pengguna remaja menggunakan ciri Tag oleh akaun yang tidak diikuti oleh mereka.
Saranan untuk berubah dari topik tertentu juga diberikan kepada remaja sekiranya Instagram mengesan mereka menghabiskan terlalu lama pada satu topik tertentu.
Bagi ibu bapa pula mereka diberikan pilihan untuk melihat aktiviti serta tempoh penggunaan aplikasi oleh anak-anak. Kemudiannya had masa boleh ditetapkan sendiri oleh ibu bapa mengikut keperluan.
Jadi, apa pendapat korang?