Zaman sekarang ni siapa je yang tak suka beli online. Selain mudah dan cepat, harga yang ditawarkan pun kadang kala lebih murah berbanding yang ada di pasaran.
Termasuklah edagang popular shopee.
Disebabkan itu lebih ramai individu yang memilih untuk membeli-belah secara online. Namun begitu, ada juga kebarangkalian untuk korang ditipu.
Shopee mengatakan kini mereka mendapati terdapat dua bentuk scam baru yang dikenal-pasti, dinamakan Parcel Scam.
Dua senario berbeza digunakan, dan ia dimulakan dengan menghantar SMS yang menyertakan pautan.
Dalam situasi pertama, penipu berkenaan berlakon menjadi syarikat penghantar barangan, dan menghantar SMS mengatakan barangan anda kini terdapat di kedai mereka – dan pengguna perlu membayar caj penghantaran atau cukai sebelum dapat memprosesnya. Penipuan ini adalah salah satu cara untuk mereka mendapat duit “penghantaran” berkenaan, dan hilang selepas itu.
Melalui situasi kedua pula, SMS dihantar dengan pautan yang disorokkan dan dipaparkan sebagai laman Shopee.com.my. SMS berkenaan mengatakan anda telah memenangi hadiah, dan perlu membayar caj penghantaran untuk dapat memprosesnya.
Anyway gaiss, kalau korang nak beli secara online pastikan lebih alert dan berhati-hati. Kalau rasa ada yang tak kena, baik korang siasat atau tanya pada kawan-kawan yang lebih tahu.
Jadi, berhati-hati la ya sebelum terkena.