Taktik Terbaru Scammer Shopee, Lelaki Ini Kongsi Kisah Hampir Ditipu

Share

Zaman sekarang ni siapa je yang tak suka beli online. Selain mudah dan cepat, harga yang ditawarkan pun kadang kala lebih murah berbanding yang ada di pasaran.

Disebabkan itu lebih ramai individu yang memilih untuk membeli-belah secara online. Namun begitu, ada juga kebarangkalian untuk korang ditipu.

Seperti apa yang dikongsi oleh lelaki ini, Faiz Zarizi menceritakan tentang pengalamannya yang hampir menjadi mangsa scammer.

Ikuti perkongsian daripada lelaki ini.

Taktik terbaru scammer

Kisah ini bermula apabila Faiz ternampak iklan di Shopee, TV Haier 65 inci Smart Android dijual dengan harga RM1499.17 iaitu separuh daripada harga yang ditawarkan di kedai. Dengan penuh rasa excited, lelaki ini pun terus beli walaupun dia tahu bahawa seller tersebut baru create account

9 hari yang lalu, tiada customer feedback atau rating produk. Faiz berfikiran positif dan menganggap seller ni nak buat clearance stock. Siapa cepat, dia dapat.

Keesokkan harinya, dia mendapat Whatsapp daripada seller dan diberitahu barang sudah siap dibungkus dan ready to ship. Tapi sebelum tu, dia nak verify terlebih dulu. Seller tersebut mengatakan bahawa Faiz akan dapat satu SMS verification code dari Shopee dan dia perlu memberi code itu kepada seller.

Macam real, sebab lelaki sejurus selepas itu, lelaki ini terus mendapat SMS dari Shopee, nombor 63360 tu. Nasib baik, dia tidak bagi sebab sepanjang bershopping di Shopee, tak pernah pula request seller macam ni.

Cepat-cepat refund

Disebabkan dah ada transaction tolak daripada kad kredit, Faiz mengambil tindakan untuk refund. Di Shopee, mereka mempunyai sistem di mana selagi customer belum menerima barang untuk satu tempoh masa tertentu, selagi itu mereka tidak akan release pembayaran kepada seller. Korang ada masa untuk request/return kalau barang tak sampai atau rosak.

Untuk pengetahuan korang yang mungkin tak tahu lagi, biasanya kita akan dapat SMS verification code

dari Shopee untuk request tukar password atau kali pertama kita login new browser.

Bayangkan macam mana kalau dia bagi verification code itu tadi, seller tersebut boleh hijack akaun lepas tu klik ‘order received’ dan Shopee pun akan release payment ke akaun mereka. Tak pun, mereka boleh ambil details kad kredit kita. Seram kan?

Apa-apa pun, tindakan lelaki ini telah pun menghubungi Shopee untuk melaporkan kes sedemikian agar tidak terjadi kepada orang lain, lagi-lagi untuk mereka yang first time user. Aduan telah pun dibuat oleh pihak Shopee dan mereka pun dah remove seller tersebut.

Berikut adalah kenyataan media yang dilampirkan oleh pihak mereka.

Shopee memandang berat perkara ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan di platform kami. Akaun penipu ini telah diharam secara kekal dan ditutup dalam masa 24 jam.

Kami telah menetapkan dasar Jaminan Shopee untuk melindungi kepentingan pembeli dan memastikan transaksi dilaksanakan dengan selamat. Menerusi cara ini, pembayaran kepada penjual ditahan sehingga pembeli mengesahkan mereka telah menerima pesanan sewajarnya dalam keadaan baik.

Jika pembeli tidak membatalkan pesanan dan menerima produk yang dibeli, pembeli tetap akan menerima wang kembali (jika ditipu) kerana perlindungan Jaminan Shopee. Apa yang penting, pembeli hendaklah sempurnakan transisi menerusi Shopee saja dan bukannya melalui cara lain.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna Shopee yang gigih membongkar operasi penipuan tersebut demi manfaat dan keselamatan pembelian pengguna yang lain.

* * * * *

Anyway gaiss, kalau korang nak beli secara online pastikan lebih alert dan berhati-hati. Kalau rasa ada yang tak kena, baik korang siasat atau tanya pada kawan-kawan yang lebih tahu.

Seller tersebut dikatakan sudah create akaun baru. Jadi, berhati-hati la ya sebelum terkena.

Published by
Noor Ain Norman