“Ibu kota negara kita akan pindah ke Pulau Kalimantan. Letaknya bisa di Kalteng, Kaltim atau Kalsel..”
Kenapa ‘bisa’, Pak Joko Widodo?
Dalam perkembangan terbaru mengenai ura-ura pemindahan ibu negara Indonesia, Jakarta ke sebuah bandaraya lain, presiden republik tersebut, Joko Widodo telah mengesahkan berita tersebut dalam sidang Parlimen Indonesia dan melalui satu entri tweet, no less.
Ibu kota negara kita akan pindah ke Pulau Kalimantan. Letaknya bisa di Kalteng, Kaltim, atau Kalsel.
Segala aspeknya sedang dikaji mendalam sehingga keputusan nanti benar dalam visi ke depan kita — visi besar berbangsa dan bernegara untuk 10, 50, 100 tahun ke depan. pic.twitter.com/K9TAHrL8P1
Menurut Jokowi, Jakarta akan menyerahkan gelaran ibu negara kepada Kalimantan (yang juga sebahagian daripada pulau Borneo). Namun, beliau menggunakan perkataan ‘bisa’ atau ‘mungkin’ ketika menyatakan 3 buah lokasi yang boleh dijadikan ibu negara baru Indonesia; yakni Kalteng, Kaltim atau Kalsel.
Kalteng, Kalimantan.Kaltim, Kalimantan.
3 lokasi itu kini adalah calon-calon ibu negara Indonesia baru. Hanya apabila aspek-aspek tertentu dikaji secara mendalam, barulah Indonesia akan mengumumkannya demi masa depan yang lebih cerah.
Misi itu sebenarnya lebih literal daripada yang disangka. Ini kerana Jakarta dilaporkan bakal menjadi salah satu bandaraya yang sedang tenggelam dan bakal tenggelam sepenuhnua menjelang tahun 2050.
Ads
Whoa.
Monumen Selamat Datang di bulatan Thamrin, Jakarta selalu menjadi ‘mangsa’ banjir.
Dalam tempoh 30 tahun saja hingga 2019, Jakarta telah tenggelam sedalam 3.9 meter! Justeru, Indonesia perlu mencari ibu negara baru sekarang demi jaminan masa depan.
Lebih-lebih lagi kerana Jakarta ialah bandar ketiga paling padat di dunia dengan seramai 10 juta penduduk. Disebabkan kependudukan sepadat itu, permukaan bawah tanahnya tidak lagi stabil.
*
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama sebuah negara di rantau Asia Tenggara mengalihkan ibu negara mereka ke lokasi baru.
Jakarta masih akan kekal sebagai sebuah bandaraya padat. Cuma kerajaan Indonesia kelak akan beroperasi dari ibu negara barunya.
Ads
Putrajaya semasa peringkat pertengahan pembinaan.
Situasi ini mirip dengan apa berlaku kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sepanjang tempoh 1990-an, kerajaan membina Putrajaya yang terletak 33 km dari Kuala Lumpur sebagai pusat pemerintahan baru Malaysia.
Sama juga seperti yang berlaku di Myanmar pada tahun 2005 apabila pemerintahnya bertukar lokasi dari Yangon ke Naypyidaw, sebuah bandar terpencil dan terletak 320 km daripada Yangon.
*
Namun, satu kebimbangan tercetus disebabkan faktor penerokaan kawasan hutan di Kalimantan jika ibu negara Indonesia ditukar ke sana.
Seperti yang korang tahu, Kalimantan kaya dengan hasil bumi serta kaya dengan sumber flora dan fauna.
Ads
Apapun dalam banyak-banyak lokasi di Indonesia, Kalimantan ialah lokasi terbaik kerana ia terletak di tengah-tengah negara yang mempunyai lebih 17,000 buah kepulauan.
Selain itu, ia juga kurang diancam bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi seperti beberapa kepulauan Indonesia yang lain.
Sumber: REUTERS
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah status agamanya hangat diperkatakan sejak disatukan dengan suaminya di India pada Disember lalu, hari ini Illi Najwa Anuar Hussein Saddique disahkan belum lagi dan tidak pernah keluar daripada agama Islam.
Let’s recap back, shall we?
Tumpuan terarah kepada Illi pada akhir tahun lalu apabila gadis tersebut berangkat ke India untuk mengahwini teman lelakinya yang juga merupakan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar.
REMAJA sendiri pernah melaporkan berita tersebut dan merasakan persatuan itu cukup sweet dan romantik.
Namun, perkahwinan tersebut tanpa disangka terpalit kontroversi setelah video upacara bertukar ikrar perkahwinan mengikut budaya masyarakat India di antara Illi dan Manpreet tersebar hingga ia mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Lalu, ramai berspekulasi mengenai status agama Illi dan ingin tahu sama ada gadis tersebut telahpun keluar daripada agama Islam.
Sehubungan dengan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Mufti Johor untuk menyiasat status agama Illi Najwa.
Titah baginda, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan agama Islam supaya ia sentiasa terpelihara dan dipandang mulia.
Setelah beberapa bulan berlalu, JAINJ dan Mufti Johor akhirnya mengeluarkan hasil siasatan terhadap status perkahwinan serta agama pasangan tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di Johor Bahru.
Turut hadir untuk menghadap baginda ialah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin dan Illi sendiri.
Dalam satu muat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Johor, ia mencatat, “Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam. Malah pada hari ini, beliau juga hadir bersama kami bagi menghadap Baginda Tuanku Sultan.”
Realitinya anak-anak hari ini begitu leka dengan dunia gajet, television, radio 24 jam sehingga lupa kepada sejarah dan asal usul nama dan salasilah junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tanyalah apa lagu terkini Aiman Tino, masing-masing boleh hafal. Begitu juga lagu Sufian Suhaimi, juga hafal tetapi kalau diuji dengan nama Nabi Muhammad, semuanya mula terlopong dan menggaru kepala.Inilah realiti pelajar hari ini yang lebih mengenal keseronokan berbanding belajar tentang sejarah kenabian.
Ikuti tulisan Cikgu Mohd Fadhli Othman yang juga seorang Speaker Goodbye Pornography, Speaer best Belajar Specialist, aktivis dan juga seorang penulis mengenai karenah anak-anak murid zaman ini di facebooknya.
“Siapa nama nabi kita ? ”
Krik..krik..krik
Aku ulang sebanyak 3 kali. Jawapan cacamerba dan ada yang senyap tidak menjawab. Menyampuk jangan dibilang. Sentiasa ada.
Inilah kisah murid-murid prasekolah aku. Bukan nak menghukum tetapi nak ajak pembaca memandang dari sudut ibu bapa.
“Nama nabi kita Muham….mad”
Aku membatangkan mereka sambung.
“Muhammad bin…………” aku gantungkan jawapan
“Bin….taib……” jawab anak anak syurga ini.
Adoi…..tepuk dahi aku. Hampir-hampir keluar perkataan kepala…ho……
“Astaghfirullah…” dalam hati ku berbisik. Siapa yang terhijab ? Aku adakah mereka ?
Sebelum aku meneruskan, aku cuba alunkan sebuah lagu dari Aiman Tino. Berhenti separuh dan tanpa disuruh anak anak syurga ini sambung dengan serentak. Dan aku pun mula mengajar. Tajuk ‘Makkah diserang Abrahah’
Tuan-tuan,Puan-puan
Ibu-ibu, ayah-ayah.
Inilah realiti anak anak kita sekarang. Mereka sangat mudah mengingat dan menghafaz lirik-lirik lagu walaupun lirik itu dalam bahasa inggeris.
Mengapa jadi begini ? Kerana 24 jam kehidupan anak-anak kita mendengar lagu-lagu.
Radio serta televisyen di rumah, dalam kereta, bas atau van senantiasa dengan muzik dan lagu.
Tidak salah dengar muzik dan lagu. Tetapi seimbangkanlah dengan menceritakan tentang sirah Rasulullah yang asas.
Sedih dan hiba. Anak-anak kita tidak kenal nama penuh Rasulullah,nama isteri Baginda, bapa, ibu, datuk dan bapa saudara. Apakah ini menjadi satu kebiasaan ?
Persoalannya adakah ibu bapa tidak titik beratkan kisah-kisah sirah Rasulullah atau ibu bapa memang tiada pengetahuan akannya ? Jika benar ini amat memalukan.
Saya kongsikan beberapa langkah untuk ibu bapa dapat menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah / Islami.
Apabila pergi Mall atau pasaraya, biasakan singgah ke Kedai buku seperti MPO, POPULAR atau lain-lain. Buat langkah ini seawal umur 2 atau 3 tahun. Tatkala anak anak ini pandai berjalan. Berikan gambaran bahawa pasaraya buku adalah tempat yang paling seronok.
Bawa anak anak di bahagian buku motivasi dan islamik. Yang menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah. Biarkan mereka membelek dan melihat.
3.Jadikan buku sirah Rasulullah sebagai hadiah hari hari istimewa anak anak.
Bacakan kisah-kisah Rasulullah ketika masa masa senggang atau tidur. Secara automatik dapat merapatkan diri dengan anak.
Ibu bapa perlu rajin tanya pada guru pendidikan islam pra sekolah, apakah tajuk tajuk yang telah diajar oleh anak-anak agar ibu bapa dapat mendidik anak-anak di rumah mengikut aras pemikiran.
Mudahkan ? Yup…memang sangat-sangat mudah. Saya kongsikan ini semata mata mahu ibu bapa juga mengambil tanggung jawab mendidik dan mengasuh anak-anak di rumah terutama aspek pendidikan islam.
Janganlah lepaskan semua kepada guru guru di sekolah. Kerana guru guru juga mempunyai tugasan yang lain selain mengajar. Sekiranya ibu bapa dan guru dapat bekerjasama saya yakin anak-anak kita mampu menjadi insan yang hebat.
Nama Raffa Affar mulai terkenal di Malaysia saat lagu Cinta Sampai Mati menjadi siulan ramai dek populariti yang dikecap menerusi TikTok. Lagu tersebut kerap digunakan oleh pengguna aplikasi itu sebagai lagu latar video mereka.
Khabar terbaru dari penyanyi yang berasal dari Jawa Barat ini, dia telah merakamkan semula lagu balada rock malar segar, Tiara, yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris sekitar era awal 90-an. Menariknya, muzik video yang menyaksikan Raffa menyanyi lagu Tiara sudahpun mencecah tontonan sebanyak 22 juta kali.
Lagu Tiara merupakan ciptaan sepenuhnya Datuk M. Nasir dan terkenal sehingga ke hari ini menjadi halwa telinga mereka yang menyukai lagu-lagu lama.
Namun warganet terkejut apabila mendengar Raffa Affar menyanyikan lagu ini di sebuah acara konsert anjuran stesen televisyen Indonesia. Apa yang boleh diperkatakan, nyanyiannya sumbang sekaligus membuatkan warganet mempersoalkan suara secara langsungnya yang berbeza berbanding suara rakaman.
Warganet yang terkejut menonton klip video nyanyian secara langsung itu meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Semoga Raffa mengambil kritikan warganet secara positif dan menjadikan kritikan ini satu tiupan semangat untuk memantapkan lagi vokal pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, lagu Tiara ini boleh dikatakan membawa tuah kepada kumpulan Kris. Lagu ini yang dimuatkan ke dalam album pertama mereka menjadi begitu popular sehingga album tersebut terjual lebih 100 ribu unit.
Menerusi lagu ini juga kumpulan Kris berjaya mendapat tempat ketiga kategori lagu dan juga persembahan terbaik pada Anugerah Juara Lagu 1991.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!