Kenapa ‘bisa’, Pak Joko Widodo?
Dalam perkembangan terbaru mengenai ura-ura pemindahan ibu negara Indonesia, Jakarta ke sebuah bandaraya lain, presiden republik tersebut, Joko Widodo telah mengesahkan berita tersebut dalam sidang Parlimen Indonesia dan melalui satu entri tweet, no less.
Menurut Jokowi, Jakarta akan menyerahkan gelaran ibu negara kepada Kalimantan (yang juga sebahagian daripada pulau Borneo). Namun, beliau menggunakan perkataan ‘bisa’ atau ‘mungkin’ ketika menyatakan 3 buah lokasi yang boleh dijadikan ibu negara baru Indonesia; yakni Kalteng, Kaltim atau Kalsel.
3 lokasi itu kini adalah calon-calon ibu negara Indonesia baru. Hanya apabila aspek-aspek tertentu dikaji secara mendalam, barulah Indonesia akan mengumumkannya demi masa depan yang lebih cerah.
Misi itu sebenarnya lebih literal daripada yang disangka. Ini kerana Jakarta dilaporkan bakal menjadi salah satu bandaraya yang sedang tenggelam dan bakal tenggelam sepenuhnua menjelang tahun 2050.
Whoa.
Dalam tempoh 30 tahun saja hingga 2019, Jakarta telah tenggelam sedalam 3.9 meter! Justeru, Indonesia perlu mencari ibu negara baru sekarang demi jaminan masa depan.
Lebih-lebih lagi kerana Jakarta ialah bandar ketiga paling padat di dunia dengan seramai 10 juta penduduk. Disebabkan kependudukan sepadat itu, permukaan bawah tanahnya tidak lagi stabil.
*
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama sebuah negara di rantau Asia Tenggara mengalihkan ibu negara mereka ke lokasi baru.
Jakarta masih akan kekal sebagai sebuah bandaraya padat. Cuma kerajaan Indonesia kelak akan beroperasi dari ibu negara barunya.
Situasi ini mirip dengan apa berlaku kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sepanjang tempoh 1990-an, kerajaan membina Putrajaya yang terletak 33 km dari Kuala Lumpur sebagai pusat pemerintahan baru Malaysia.
Sama juga seperti yang berlaku di Myanmar pada tahun 2005 apabila pemerintahnya bertukar lokasi dari Yangon ke Naypyidaw, sebuah bandar terpencil dan terletak 320 km daripada Yangon.
*
Namun, satu kebimbangan tercetus disebabkan faktor penerokaan kawasan hutan di Kalimantan jika ibu negara Indonesia ditukar ke sana.
Seperti yang korang tahu, Kalimantan kaya dengan hasil bumi serta kaya dengan sumber flora dan fauna.
Apapun dalam banyak-banyak lokasi di Indonesia, Kalimantan ialah lokasi terbaik kerana ia terletak di tengah-tengah negara yang mempunyai lebih 17,000 buah kepulauan.
Selain itu, ia juga kurang diancam bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi seperti beberapa kepulauan Indonesia yang lain.
Sumber: REUTERS
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!