Kalau sebut tentang ‘midnight’ movie, rasa-rasanya semua di antara kita pernah merasai pengalaman menonton wayang pada tengah malam, bukan?
TAPI, tak semua yang pernah bermalam di dalam pawagam dari tengah malam sehingga ke awal pagi. Tengok wayang apa sampai enam jam tu?!
Sebilangan peserta kempen WONDA #StayStrong baru-baru ini telahpun menyahut cabaran untuk menonton tiga ke empat buah filem bergenre seram di pawagam MBO Atria, Petaling Jaya selama dua hari berturut-turut!
Tayangan yang bermula dari 11.30 tengah malam hingga ke 6.30 pagi itu telahpun dianjurkan oleh WONDA Coffee bagi melihat siapa yang kental dan sanggup bersengkang mata dengan menonton kesemua filem seram yang ditayangkan.
Syaratnya mudah sahaja, mereka perlu menonton tanpa menutup mata, tanpa menutup telinga, tanpa menutup muka dan perlu kekal berjaga sepanjang termpoh tersebut. Haa, jika mereka ditemui tertidur, serta-merta penyertaan penonton tersebut boleh terbatal!
Dengar seperti mustahil, tambahan pula waktu tayangannya bukan kaleng-kaleng. Waktu nak tidur tu!
Namun, segalanya membuahkan hasil dengan adanya stok minuman WONDA Coffee yang membolehkan mereka menahan rasa ngantuk (dan takut!) di pawagam tersebut.
Mereka yang berjaya bertahan sehingga ke minit terakhir itu akhirnya membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.
Terdahulu, kempen WONDA #StayStrong ini bertukar tular di media sosial akibat kelibat ‘makhluk menyeramkan’ yang dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur. Ada warganet yang mendakwa mereka terserempak dengan tiga kelibat misteri berdekatan KLCC dan di beberapa lagi ‘lokasi panas’ pada waktu malam.
Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada gimik kempen #WondaStayStrongChallenge ini untuk mengajak orang ramai menonton beberapa filem seram secara maraton bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 itu.
Menarik juga kan! Harapnya cabaran #WondaStayStrongChallenge ini akan dikembalikan semula pada bulan Oktober tahun ini sempena keraian pesta Halloween.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.