Takut Kekasih Dikebas Orang, Remaja Masih Sekolah Nekad Kahwin Diusia Muda

Share

Tak semua remaja berani untuk mengambil  keputusan dan bersedia untuk berkahwin muda.

Hati tu memanglah nak kahwin, tapi korang terutamanya remaja perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Hanya Ikut Trend, Lelaki Ini Kongsi 5 Sebab Kenapa Tak Suka Ajak Orang Kahwin Muda

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia pernikahan kanak-kanak di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, di mana dalam video tersebut, kedua-dua mempelai mengenakan baju pengantin khas kaum Bugis.

Foto Via Detik.com

Difahamkan pernikahan pengantin lelaki berusia, MF, berusia 15 tahun dengan pasangannya, NSS, berusia 16 tahun itu berlangsung pada 22 Mei lalu dan kedua-duanya masih bersekolah.

MF menjelaskan, dia sudah mempunyai perancangan untuk bekerja bagi memberi nafkah kepada isterinya iaitu bekerja di sawah dan beberapa lagi pekerjaan sampingan lain yang boleh menambah pendapatannya.

Isterinya pula mengaku tidak akan melanjutkan persekolahan jika sudah tamat sekolah menengah dan hanya akan memberi fokus pada rumah tangga dengan suami.

Tidak Mahu Kekasih Dikebas Orang

MF mengaku dia mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda kerana tidak mahu kekasihnya direbut orang di kemudian hari.

Foto Via Detik.com

“Saya memang nak kahwin sebab takut ditinggalkan, jangan sampai dia (isteri) dirampas orang,” katanya.

Pasangan itu dikatakan telah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu setelah berkenalan melalui media sosial. Bagi MF, keputusan menikahi isterinya di usia muda bukanlah masalah besar. Malah keluarga mereka juga bersetuju dengan keputusan itu.

MF dan isterinya dinasihatkan oleh keluarga untuk menunda hasrat untuk menimang cahaya mata dan sebaik-baiknya fokus pada usaha mencari rezeki.

“Saya sudah berbincang dengan isteri, keluarga juga menyarankan kami menundakan kehamilan. Sebaliknya fokus untuk mencari rezeki terlebih dahulu.

“Pihak keluarga bersetuju kami bernikah agar tiada cerita negatif di kalangan penduduk. Tidak enak kalau dilihat selalu berbonceng motosikal, jadi kami minta dinikahkan segera dengan tujuan untuk menghindari zina,” ujar MF.

So, pendapat korang macam mana pula? Tepuk dada, tanya selera! Apa-apa pun semua yang kita lakukan dalam hidup ni ada pros and cons. Paling penting, buatlah keputusan dengan bijak, bukan sekadar hanya mengikut hawa nafsu.

BACA LAGI : 6 Perkara Lelaki Perlu Hadapi Selepas Kahwin Muda, Betul Dah Ready?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Detik

Published by
Nana