Rata-rata daripada kita semua jika memasak tak ‘sah’ kalau tak rasa. Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa.
Bulan puasa ni mesti korang ada perasaan ragu-ragu sama ada kita boleh ke tidak merasa makanan yang dimasak tu.
Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya?Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hal ini.
SOALAN
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.
Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))
Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:
“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
Ads
[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]
Adapun berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]
Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.
Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa
Ads
Kesimpulannya, cara merasa makanan ketika puasa adalah seperti berikut:
CARA MERASA MAKANAN KETIKA PUASA
1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.
2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
3. Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.
Jadi, korang yang baru belajar memasak tu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Jangan sedap sangat sampai tertelan sudah la…hiks
Agak kecoh semalam apabila ramai pengguna CIMB click mendakwa akaun mereka tidak selamat.
Salah masuk password pun boleh tranfer duit ke Maybank. Inilah yang dialami oleh seorang pengguna, kemudahan CIMB Click, Nadhrah Abdullah yang berkongsi kisahnya di Facebook semalam.
Nampaknya Scam dah makin berleluasa sampaikan ramai jadi mangsa, cer baca kisahnya ini.
Korang cepat check ! Nora punya dah kena tau Tak selamat dah account CiMB ni haihhh … Info berguna terpaksa share kat sini…sapa ada cimbclicks mohon check…
Cuba korang masuk pasword yang salah add je no pape lepas password korang yang betul …kalau masih boleh login ke account korang,mohon transfer smua duit ke akaun bank lain.
Saya bukan copy paste. Saya dah cuba. Dua kali login password yang berlainan, still boleh login…siap transfer ke account MBB guna account password yang salah..masih dapat no tac and berjaya transfer
Nad pun dah cuba samalah dengan apa yang dishare oleh sahabat ini. Ya Allah. Save our money first!
***
Pergh, bahaya jugak isu ini kalau berdasarkan pengalamannya.
Nampaknya, kesberkaitan CIMB ini tak habis begitu saja. Carian REMAJA mendapati seorang pemegang akaun CIMB iaitu Mohamad Nazri juga mengakui wangnya hilang RM1500 dalam tempoh 20 minit pada Jumaat lalu tanpa membuat apa-apa pembelian online.
Mohamad Nazri sudah membuat laporan polis berikutan kehilangan RM1500 tanpa membeli apa-apa pun barangan dalam tempoh 20 minit sahaja
Beli barang pun tak, tetiba dapat mesej ada pembelian menerusi Paypal.
Dia cuma menerima mesej dari pihak CIMB mengatakan ada pembelian dibuat. Modus operandi penipuan ini semakin canggih kerana tiada panggilan diterima, tiada SMS, tiada mesej WhatsApp malah tiada apa-apa langsung.
Mohamad Nazri dalam tulisan di Facebook-nya berkata, dia hanya menerima satu SMS mengatakan bahawa kad debitnya (secara automatik dikaitkan dengan akaun simpanannya) telah ditolak untuk beberapa transaksi Paypal berjumlah RM1500.
Apabila telah melakukan laporan, pihak CiMB berkata mereka hanya boleh blok CiMC Clicks, kad debit dan kad kreditnya jika masih ada. Dan selalunya kes sebegini mengambil masa sehingga 45 hari untuk selesai.
Mohamad Nazri juga telah membuat laporan polis setelah CiMB tak boleh buat apa-apa pun untuk menghentikannya, buat masa ini.
Selepas tahu akaun CiMB ini tidak berapa selamat, Nadhrah Abdullah berkongsi tip berguna untuk membantu orang ramai daripada terpedaya. Katanya, pengguna perlu mengubah jumlah pengeluaran wang bagi mengelakkan pengguna terus tertipu dengan scam yang semakin canggih ini.
Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu terkesan. Ramai yang hilang kerja akibat pengecilan operasi sekaligus hilang mata pencarian.
Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terbaru mengambil peluang menceburi perniagaan dengan menjadi rakan niaga kepada sebuah jenama makanan popular tempatan.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.
Beliau juga menyatakan hasrat untuk mewujudkan platform yang boleh membantu peluang pekerjaan khususnya buat anak muda pada masa akan datang.
Perniagaan Sendiri
Membuka perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi di musim Covid19 ini, namun menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin yang sedap dan popular itu telah menarik beliau untuk memilih nama Santan.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah lama terpendam, namun belum berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.
Rata-rata diruang komen, netizen menzahirkan kata-kata positif di atas pembukaan perniagaan pertama beliau, dan mengucapkan tahniah dan berharap agar perniagaannya terus maju jaya.
Sumber: Facebook Syed Saddiq
Mungkin kalau korang rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia boleh la kunjungi restoran Santan Syed Saddiq ni. Weh…rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! So Sedap!
Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.
Terbaharu, seramai 128 penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan malam tadi.
Menurut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.45 petang ketika hujan lebat. UIA dengan segera mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan berkenaan.
Selepas pemantauan dibuat oleh pihak bomba, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan. Namun, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.
Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar. Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
Semoga pelajar-pelajar di kolej kediaman itu dilindungi dan diharap tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...