Terlalu banyak misteri yang menyebulungi filem, Pengabdi Setan.
Kunjungan penulis hari ini bagi menyaksikan sendiri filem yang digembar-gemburkan sebagai antara filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017 membawa seribu satu ekspektasi.
“Ni kalau tak best, kau redeem balik duit tiket aku,” kata penulis, sejak awal lagi sudah memberi amaran kepada rakan yang sudah menyaksikan naskah daripada Joko Anwar ini, beberapa kali.
I will spare you the details of the movie, fret not. Namun ada beberapa aspek filem ini yang masih berbekas di minda sehingga kini.
Untuk pengetahuan korang, Pengabdi Setan adalah sebuah filem remake yang asalnya pernah ditayangkan pada tahun 1980. Naskah tulisan Subagio S. ini juga berjaya mencapai jualan tiket yang amat memberansangkan 37 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Joko Anwar telah terpanggil untuk mengfilemkan semula Pengabdi Setan dengan nafas baru.
Namun, itu tidak bermaksud Joko banyak mengubah jalan ceritanya yang asal.
Sebagai contoh, adegan permulaan filem di mana watak Ibu atau namanya Mawarni Suwono dikebumikan setelah meninggal dunia cukup sama dengan adegan asal Pengabdi Setan versi 1980.
Memasuki beberapa puluh minit penulis menontonnya (ke tutup mata je lebih?), aspek misteri itu sudah mula melingkari jalan ceritanya. Pertama, penyakit misteri apa yang membunuh Ibu?
Dan apabila roh Ibu mengganggu suaminya dan empat orang anak (filem versi 1980 hanya menampilkan dua orang anak), penulis tertanya-tanya mengapa Ibu sanggup untuk mengacau mereka sedangkan keluarganya kelihatan cukup penyayang ketika menjaga Ibu semasa dia sakit dan terlantar di atas katil.
Ibu hanya perlu membunyikan loceng dan mereka pun datang untuk membantu. Dah macam private butler aku tengok, kerlass!
Satu-persatu gangguan Ibu hadir dalam kehidupan mereka lima beranak. Dari pandangan muka yang perlahan-lahan menoleh memandang korang sehinggalah ke lagu kegemaran ramai, ‘Kelam Malam’ yang akan berkumandang di radio secara tiba-tiba pada tengah malam.
Hhm, pada waktu ini, penulis masih tertanya-tanya, kenapa kau kacau keluarga kau, eh Ibu?!
Well, that is for you to find out in the second half of the movie. Apa yang penulis boleh katakan adalah syabas diucapkan kepada pengarah Joko Anwar yang berjaya membawa elemen seram ke segenap ruang panggung.
Bunyi lantai kayu yang bergesel dan pintu yang terbuka secara perlahan masih menghantui minda ini (Thank you Joko!). Apa yang pasti, misteri yang ada di dalam filem Pengabdi Setan semuanya terjawab juga di akhir filem.
Ibu telah banyak menyembunyikan aspek kehidupan lamanya sehingga membuatkan anak-beranak terpaksa menanggung derita. Namun, semua yang dilakukan oleh Ibu ada kaitan dengan rasa sayang pada ahli keluarga.
Ibu, niat tak menghalalkan cara, okay. (Eh, aku pulak yang mengajar.)
Rata-rata para penonton di Indonesia memberikan lima bintang kepada naskah remake ini. Jika tidak, takkanlah Pengabdi Setan berjaya menarik lebih 2 juta penonton Indonesia untuk ke pawagam sejak 28 Oktober 2017.
Bagaimana pula dengan respon dari penonton di Malaysia? Ini antara tweet menarik yang sempat REMAJA lihat sejak ia ditayangkan di Golden Screen Cinemas seluruh negara, minggu lalu.
Tweet terakhir daripada @neetaf itu macam interesting. Mungkin kawan penulis tadi tak faham jalan cerita Pengabdi Setan, sebab itulah dia ajak tengok berkali-kali. Bagi hadam habis hehe.
Apapun, penulis merasakan ia adalah sebuah filem remake yang berjaya membuatkan ramai peminat filem seram di rantau Nusantara ini kembali yakin untuk pergi ke pawagam dan tonton. Bukannya download secara haram di Internet.
Kali terakhir penulis melihat aura filem seram sebegini adalah semasa filem Munafik ditayangkan di Malaysia. Syabas sekali lagi kepada pengarah!
Bagi korang yang belum pergi menonton, klik pada klip trailer di bawah. Jangan lupa juga untuk klik pada video reaksi penonton di Indonesia yang menonton Pengabdi Setan.
Setan sangat kan korang record reaksi orang senyap-senyap!