Takut Wajah Kusam, 3 Tip Mudah Tampil Ayu & Manis Dengan Helaian Tudung Putih

Share

Pejam celik pejam celik tak sampai seminggu  kita akan menyambut Hari Raya.

Bila bercakap tentang Syawal, tentu ada yang tidak sabar bercerita mengenai baju raya. Yalah,kena prepare awal-awal baru lah tenang beraya nanti!

ARTIKEL BERKAITAN : Mahu Yakin Bergambar Di Pagi Raya? Jom Ikut Tips Ini Untuk Kurus Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan!

Pemilihan tudung yang tepat mampu memberi kesan kepada baju yang di pakai. Kali ni, REMAJA kongsikan sikit tips pemilihan warna tudung berwarna putih.

Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk menjaga dan memastikan tudung putih sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Silap sedikit, pasti kekotoran jelas kelihatan dan menyakitkan mata. Malah, ramai yang hilang keyakinan apabila merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam. Benarkah?

1. Pilih ton putih sesuai dengan warna kulit
Kalau korang perasan, warna putih juga mempunyai pelbagai tona seperti off white, cream, pearl dan banyak lagi. Keputusan untuk memilih warna putih ialah bergantung pada kesesuaian warna kulit.

2. Pakai anak tudung warna sama atau pastel


Jangan sesekali pakai warna anak tudung yang lebih gelap atau terlalu cerah dari warna putih. Ia akan menyebabkan penampakan bentuk kepala dan terlalu kontra dengan wajah anda. Tips ini jangan sesekali skip, wajib ikut.

3. Jangan lupa mekap
Antara faktor kita nampak kusam ketika mengenakan tudung putih ialah tanpa bantuan mekap. Tambahkan lipstik, pemerah pipi dan maskara untuk mekap yang ringkas. Jika anda sudah tempah jurusolek tidak menjadi masalah. Tips tambahan, mungkin korang boleh oleskan lipstik warna dark-bold seperti merah hati, coklat atau deep pink untuk menaikkan lagi seri wajah. Elak lipstik warna terang tau!

Dah jangan takut lagi nak pakai tudung putih, janji anda ikut tips diatas dijamin canti di Hari Raya nanti. Selamat mencuba!

BACA LAGI : Sebelum Memandu Balik Kampung, Ikut 8 Tip Elak Microsleep Ini

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana