Setelah setahun senyap daripada apa-apa bentuk acara akibat pandemik COVID-19, beberapa pentandingan ratu cantik sedunia sudah mula melakukan comeback.
Sekiranya pertandingan Miss Universe dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini, Miss Grand International pula telah mula diadakan sekarang di Bangkok, Thailand.
Wakil pertandingan Miss Grand International telahpun mula tiba di sana sejak 24 Februari lalu. Namun, masing-masing diarahkan untuk kekal di bilik masing-masing selama 14 hari atas arahan kuarantin.
Hanya pada 27 Mac nanti, barulah mereka akan mengadakan acara finale-nya pula.
Dalam pada semua orang rancak bercakap mengenai wakil negara masing-masing termasuklah wakil dari Malaysia iaitu Jasebel Robert, berita duka pula baru diterima pada hari ini.
Ads
Dua wakil dari benua Afrika telahpun disahkan positif COVID-19 pada hari ini setelah mereka melalui ujian SWAB di sana.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Miss Grand International di akaun Facebook, mereka memaklumkan bahawa Miss Grand Nigeria, Chikaodili Nna-Udosen dan Miss Grand Kenya, Irene Ng’endo telah disahkan positif, manakala lain-lain wakil pula disahkan negatif.
Miss Grand Nigeria.
Ads
Miss Grand Kenya.
Justeru pihak penganjur mengambil nasihat pakar kesihatan dan telah memindahkan kedua-dua wakil itu ke Hospital Piyavej untuk rawatan seterusnya.
Ads
Pihak hotel pula masih kekal mengambil prosedur standard mereka dengan mensanitasi bilik dan seluruh kawasan hotel sentiasa.
“Takutnya.. Kasihan Peserta”
Perkembangan terbaru ini telah menggusarkan peminat dunia ratu cantik memandangkan risiko wakil kegemaran mereka untuk dijangkiti masih tinggi.
Tambahan pula, pertandingan Miss Universe yang skalanya lebih besar pula tidak menyediakan tempoh kuarantin seperti Miss Grand International.
Paling tidak, kuarantin hanya satu ke dua hari saja kerana wakil hanya akan berada di Florida kelak selama seminggu saja.
Apa pendapat korang? Wajarkah penganjuran pertandingan ratu cantik diteruskan pada tahun ini ataupun ia harus ditunda hinggga keadaan dunia lebih stabil dalam menangani wabak COVID-19?
Kecoh di media sosial apabila seorang penguna Facebook disyaki menyebarkan berita mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor.
Hal ini berpunca daripada pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris yang menaikkan kemarahan netizen Malaysia kerana didapati berkali-kali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Terbaru mengenai isu rentas negeri di Nilai untuk membeli karpet, namun Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan terhadap pasangan ini.
Susulan keputusan itu, netizen kini seakan cuba ‘bersangka baik’ dan mengatakan bahawa Nilai kini sudah terletak di Selangor dan bukannya Negeri Sembilan. Malah di Twitter, ada yang berkongsikan tangkap layar lokasi Nilai sudah ditukarkan dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Tapi ini sebenarnya 5 fakta tentang Nilai yang korang kena tahu
1) Kenali sejarah Nilai
Memetik petikan daripada portal Majlis Bandaraya Seremban, berikut di bawah adalah catatan sejarah ringkas bagaimana Nilai ‘bermula’.
Serba Ringkas Asal Usul Pembukaan
Nilai mempunyai asal-usul dan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarahnya, Nilai dahulunya diletakkan di bawah luak Sungai Ujong yang ditadbir oleh waris di Darat yang ditadbir atau waris di Air. Di bawah Dato’ Johan daripada waris di Darat terdapat tiga Dato’ Lingkungan yang mengetuai tiga corak suku Batu hampar yang tertumpu di beberapa buah kampung.
2) Tertubuh Majlis Perbandaran Sendiri
Untuk pengetahuan korang, Nilai asalnya berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Seremban yang ditubuhkan pada 1 Janurari 1979. Penubuhan Majlis Daerah Seremban itu adalah daripada fasa penyusunan semula enam penguasa tempatan di Negeri Sembilan seperti yang termaktub di bawa Seksyen 3 (A) dan 3 (B), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Enam penguasa tempatan itu merangkumi Majlis Tempatan Pajam (1957), Majlis Tempatan Mantin (1958), Majlis Tempatan Lembaha Bandaran Rantau (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959) dan Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959).
Bagaimanapun pada 2 Februari 2002, bandar Nilai (yang asalnya di bawah Majlis Daerah Seremban) secara rasminya telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Maka dengan tertubuhnya MPN ini, sebanyak lapan buah mukim di sekitar perbandaran ini ditadbir di bawah pentabiran MPN iaitu Setul, Labu, Rantau, Lenggeng, Pantai, sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.
Kawasan Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai ditadbir penuh di bawah MPN manakala sebahagian Ampangan, Rasah dan Seremban pula dibahagikan bersama Majlis Bandaraya Seremban.
3) Lokasi paling strategik di Negeri Sembilan
Sesiapa yang menetap di Nilai adalah sangat beruntung kerana lokasinya dikatakan begitu strategik berbanding mana-mana daerah atau perbandaran di Negeri Sembilan. Jika lihat lokasinya dalam Google Maps di bawah ini, kedudukan geografi Nilai sangat ‘beruntung’ kerana dikelilingi oleh pelbagai mercu tanda utama seperti ibu kota, pantai, pusat pentadbiran negara, ibu negeri dan kawasan alam semulajadi.
Kalau korang nak tahu jarak Nilai ke ibu negara, Kuala Lumpur: jaraknya sekitar 49 kilometer & mengambil masa kira-kira 48 minit jika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban. Dekat je rupanya.
4) Banyak Tempat Menarik
Banyak tempat menarik yang ada di Bandar Baru Nilai. Kalau korang nak borong kain yang dekat dengan pusat bandar, korang boleh ke Nilai Square. Kat situ banyak kedai-kedai kain berjenama yang dijual dengan harga cukup berpatutan. Selain tu kalau nak makan-makan sedap, ada banyak kedai makan menarik di bandar ini.
Negeri yang terkenal dengan adat perpatih ini pastinya menyajikan pelbagai pengalaman baru untuk diterokai jika anda berkunjung ke sana. Kalau berkesempatan untuk singgah ke Negeri Sembilan, pastikan anda wajib mencuba menu istimewa mereka iaitu masak lemak cili api!
5) Nilai 3, Tempat beli langsir untuk hari raya
Tidak sahlah kalau datang bertandang ke Nilai tapi tak singgah di Nilai 3. Korang mesti tahu kan, Nilai 3 merupakan ‘lubuk’ jualan permaidani, langsir, kain, barang rumah, pinggan mangkuk dan perhiasan yang menjadi ‘igauan’ para emak-emak dan isteri-isteri kita.
Puluhan deretan kedai-kedai yang menjual segala keperluan rumah di sini, termasuklah beberapa jenama besar pengeluar kain ‘gergasi’. Jadi kalau nak kahwin ke, nak beraya ke, tak perlu susah-susah nak ke ibu kota yang sesak tu. Boleh je pergi ke Nilai 3.
“Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan, dan bukan terletak di Selangor,” Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman
Daripada itu, dakwaan yang tular dalam media sosial itu boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Pemilik akaun dikenali sebagai ‘N9 RADAR’ itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
So kesimpulannya, memang Nilai di Negeri Sembilan okay bukan Selangor.
Bila sebut telur, ramai terbayangkan pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Paling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau. Tapi jangan malas sangat…heheh
Hanya perlukan sedikit usaha sahaja untuk mencubanya. Lagi pun bahan-bahannya taklah sesusah mana. Boleh dibuat kurang dari 10 minit kalau power.hehe
Resipi ini dikongsi oleh @khairulaming dan cara penyediaannya juga sangat murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
So guys, bolehlah ambil resipi ini dan cuba sendiri di rumah. Good luck!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meskipun perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia tidak mendapat sokongan kesemua rakyat Malaysia sehingga menimbulkan hashtag#NotMyPM, namun demonstrasi jalanan bukanlah cara terbaik untuk menentang perlantikan tersebut menurut netizen di media sosial.
Ura-ura akan berlangsungnya demonstrasi jalanan ini tercetus setelah beberapa keping poster dimuat naik oleh kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac.
Poster yang mula tular di media sosial itu antaranya mengajak orang ramai menyertai demonstrasi jalanan pada jam 6 petang ini.
Mereka berpendapat perlantikan pada pagi ini bertentangan dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan pemerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Mohd Fahmi Visuvanthan, beliau memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan yang dirancang akan berlangsung di persekitaran kompleks membeli-belah SOGO Kuala Lumpur itu.
Tiada notis rasmi telah diterima oleh pihak polis untuk sesiapa mengadakan perhimpunan bermula jam 6 petang ini.
Tambah beliau, pihak polis telah bersiap sedia sejak semalam untuk menghadapi sebarang kemungkinan demonstrasi jalanan.
Rata-rata netizen turut bersetuju untuk tidak menyertai demonstrasi yang dirancang ini.
Ini kerana perlantikan itu adalah di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong setelah seminggu cuba untuk menyelesaikan kemelut politik negara.
Ramai yang meminta agar Malaysia mara ke hadapan dengan keputusan ini untuk menyelesaikan lebih banyak masalah dan cabaran yang sedang kita hadapi.
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...