Takut! Wakil Nigeria & Kenya Di Miss Grand International Sah Positif COVID-19

Share

 

Setelah setahun senyap daripada apa-apa bentuk acara akibat pandemik COVID-19, beberapa pentandingan ratu cantik sedunia sudah mula melakukan comeback.

 

Sekiranya pertandingan Miss Universe dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini, Miss Grand International pula telah mula diadakan sekarang di Bangkok, Thailand.

Wakil pertandingan Miss Grand International telahpun mula tiba di sana sejak 24 Februari lalu. Namun, masing-masing diarahkan untuk kekal di bilik masing-masing selama 14 hari atas arahan kuarantin.

Hanya pada 27 Mac nanti, barulah mereka akan mengadakan acara finale-nya pula.

Dalam pada semua orang rancak bercakap mengenai wakil negara masing-masing termasuklah wakil dari Malaysia iaitu Jasebel Robert, berita duka pula baru diterima pada hari ini.

Dua wakil dari benua Afrika telahpun disahkan positif COVID-19 pada hari ini setelah mereka melalui ujian SWAB di sana.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Miss Grand International di akaun Facebook, mereka memaklumkan bahawa Miss Grand Nigeria, Chikaodili Nna-Udosen dan Miss Grand Kenya, Irene Ng’endo telah disahkan positif, manakala lain-lain wakil pula disahkan negatif.

Miss Grand Nigeria.

Miss Grand Kenya.

Justeru pihak penganjur mengambil nasihat pakar kesihatan dan telah memindahkan kedua-dua wakil itu ke Hospital Piyavej untuk rawatan seterusnya.

Pihak hotel pula masih kekal mengambil prosedur standard mereka dengan mensanitasi bilik dan seluruh kawasan hotel sentiasa.

 

“Takutnya.. Kasihan Peserta”

Perkembangan terbaru ini telah menggusarkan peminat dunia ratu cantik memandangkan risiko wakil kegemaran mereka untuk dijangkiti masih tinggi.

Tambahan pula, pertandingan Miss Universe yang skalanya lebih besar pula tidak menyediakan tempoh kuarantin seperti Miss Grand International.

Paling tidak, kuarantin hanya satu ke dua hari saja kerana wakil hanya akan berada di Florida kelak selama seminggu saja.

Apa pendapat korang? Wajarkah penganjuran pertandingan ratu cantik diteruskan pada tahun ini ataupun ia harus ditunda hinggga keadaan dunia lebih stabil dalam menangani wabak COVID-19?

Sebelum ini, wakil Miss Universe Malaysia yang bakal ke pertandingan Miss Universe iaitu Francisca Luhong James telah disahkan positif, bulan lalu.

Published by
FZ