Sejurus selesai dengan majlis konvokesyennya pada sebelah pagi semalam, anak kepada pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib yang lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah telah memaklumkan bahawa ibunya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali aka Habib yang juga merupakan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd berkata, ibunya yang juga merupakan ikon perniagaan tempatan itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur.
Jenazah dijadualkan dikebumi pada jam 9.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan islam Rengit, Batu Pahat, Johor.
Kongsi Habib kepada Media Hiburan, kali terakhir Habib menemui ibunya itu adalah pada dua hari lalu. Bagaimanapun, Habib sempat berhubungan dengan ibunya selepas majlis konvokesyen semalam.
“Pagi Ahad, saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
Ads
“Malah ketika berkongsi mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan itu kepadanya. Tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah,” katanya.
Menerusi hantaran di TikTok yang dimuat naik semula ke akaun Instagram Habib, beliau mencatatkan bahawa kejayaan ini adalah berkat doa daripada Allahyarhamah Ibu Halimah sepanjang hidupnya.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku dan sentiasa doakan aku berjaya dalam hidup ini.
“Sekarang tugasku adalah untuk kongsi pengalaman kehidupan manusian dengan yang lain yang memerlukan.”
Dalam pada itu, Habib menyifatkan dirinya dan adik-beradik lain redha dengan pemergian ibu mereka dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan oleh orang ramai.
Untuk pengetahuan, Allahyarhamah semasa hayatnya dikenali sebagai seorang yang ramah, tidak boleh duduk diam dan sentiasa tampil positif.
Ads
Beliau yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 14 kali percaya bahawa kejelitaan seorang wanita tidak harus bergantung kepada alat solekan semata-mata. Sebaliknya, kecantikan yang sebenar datang dari dalam diri.
Pada tahun 2011, kisah hidup Allahyarhamah pernah dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dalam persembahan teater bernama Teater Mak Dara Nyonya. Ia menampilkan nama-nama besar sepeti Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Khatijah Tan, Fara Fauzana, Juhara Ayob dan Sherry Al-Hadad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu pencemaran udara yang melanda Malaysia bertukar serius apabila semakin banyak lokasi titik panas yang dilaporkan.
Malah penutupan sekolah di beberapa buah negeri juga merisaukan rakyat mememandangkan musim peperiksaan sedang berlangsung dan sesetengah daripadanya bakal menjelang.
Wilayah Persekutuan Putrajaya antara kawasan paling teruk tercemar disebabkan jerebu.
Hari ini, satu lagi laporan mendukacitakan telah dikeluarkan oleh rakan media di New Straits Times.
Bandar yang menerima implikasi jerebu paling buruk buat masa ini iaitu Kuching Sarawak telahpun dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia disebabkan pencemaran udara yang sedang berlaku.
Ia berdasarkan kepada laporan Indeks Kualiti Udara Amerika Syarikat (AQI) – pada kadar 202. Ini bermakna Kuching kini lebih teruk dicemari berbanding beberapa bandaraya dunia yang sinonim dengan isu pencemaran udara seperti Beijing China dan New Delhi, India.
Ia bertambah serius berbanding catatan AQI pada hari Rabu lalu iaitu 165 yang mengakibatkan Kuching tersenarai dalam carta bandar paling tercemar di dunia. And now, Kuching is at the top of THAT list.
Untuk pengetahuan, catatan AQI tidak sama dengan catatan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (API). Oleh itu, jelas figura yang ditunjukkan oleh kedua-dua catatan tersebut adalah berbeza.
Selain Kuching, antara bandar di Malaysia yang sedang bergelut dengan isu pencemaran jerubu ialah Putrajaya (199) dan Nilai (168).
*
Lantas, Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada tengah hari tadi.
Walaupun ia boleh membantu untuk mengurangkan bacaan API, itu tak bermaksud jerebu akan berkurangan serta-merta sekiranya kebakaran yang sedang melanda Indonesia gagal dipadamkan denga kadar segera.
Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji di whatsApp kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.
Di Arab Saudi korang boleh dipenjarakan gara-gara menghantar emoji ‘love’ ini. Mengikut laporan akhbar Okaz, pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ kepada seseorang di aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan pengirimnya dipenjarakan.
Mengikut undang-undang Saudi, pengirim boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan denda 100,000 riyal (RM111,556) sekiranya didapati bersalah.
Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutbi berkata bahawa menghantar emoji ‘love’ di aplikasi WhatsApp adalah sama dengan bentuk jenayah gangguan.
Selain itu, katanya penggunaan beberapa imej dan ungkapan semasa bersembang dalam talian juga boleh bertukar menjadi jenayah gangguan jika tuntutan mahkamah difailkan oleh penerima.
Dia memberi amaran kepada pengguna aplikasi supaya tidak memulakan perbualan dengan mana-mana pengguna tanpa persetujuan mereka atau terlibat dalam perbualan yang tidak selesa atau mengganggu pengguna lain selain menekankan amaran terhadap penggunaan ekspresi eksplisit atau emoji hati merah.
”Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk teknologi moden.
”Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti hati merah dan mawar merah,” kata Kutbi.
Jadi lepas ni, jangan la suka hati bagi ‘love’ berwarna tu okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
REMAJA tidak terkejut apabila mendapat tahun Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan penggemar dan pengumpul karya seni lukisan. Ini memandangkan sesebuah karya yang boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu Ringgit adalah salah satu bentuk pelaburan di mana harganya boleh melipat ganda dalam tempoh masa tertentu.
Pembelian karya seni lukisan terbaru oleh Sultan Sharafuddin bagaimanapun telah menarik tumpuan rakyat setelah mereka memerhatikan konsep lukisan tersebut dan siapakah artis disebaliknya.
Menerusi akaun rasmi media sosial Selangor Royal Official di platform Facebook dan Instagram, baginda nampaknya telah tertarik dengan sebuah karya yang mengambil inspirasi daripada ruang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. Manakala ahli Parlimen yang sedang bersidang pula digambarkan sebagai monyet dan katak.
Apa yang membuat hantaran di media sosial itu menjadi bualan ramai adalah kerana konteks karya tersebut dan baginda yang sedang berdiri bersebelahan dengannya.
Catat pemegang akaun tersebut, “Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli dan menggangtungnya di ‘private study room’ Baginda.”
Tambah kapsyen itu lagi, ia bukanlah untuk dimiliki buat selamanya dan Baginda Sultan berhasrat untuk melelong lukisan ini satu hari nanti. Hasil lelongannya kelak akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Sekilas pandang, lukisan tersebut mirip ilustrasi yang pernah dihasilkan oleh artis jalanan Inggeris terkenal, Bansky. Lukisan beliau pernah terjual pada harga kira-kira RM50 juta ataupun 9.9 juta pound pada tahun 2019.
Karya lukisan Bansky berjudul ‘Devolved Parliament’ ini juga dikenali dengan nama ‘Questioned Time’.
Waktu hantaran ini dimuat naik juga menarik perhatian rakyat memandangkan Parlimen pada minggu ini sedang membentangkan Rang Undang-Undang yang menghalang Ahli Parlimen daripada tindakan melompat parti. Mereka yang bergelar ‘katak’ ini mungkin sekali akan berhadapan tindakan kehilangan kerusi di peringkat Parlimen jika berbuat sedemikian selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...