Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak tuduhan masyarakat terhadap orang yang membuat kebaikan tetapi dituduh riak.
Masalah ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita kerana wujudnya individu yang penuh dengan perasaan dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.
Hal ini apabila ramai para ilmuan berkongsi tentang ikhlas dan menunjuk-nunjuk, berbuat baik dan riak di media sosial masing-masing apabila Ustaz Ebit Liew diserang segelintir warganet dengan kata-kata yang tidak baik.
Baru-baru ini, PU Amin tampil berkongsi satu posting di Instagram miliknya, PU Amin memberitahu bahawa ikhlas atau riak itu adalah antara kita secara peribadi dengan Tuhan.
“Ikhlas atau riak adalah rahsia antara insan dengan Tuhan. Bab hati penuh keajaiban.
Kita perlu bersyukur apabila ada insan yang sudi mengorbankan jiwa dan harta untuk memberi bantuan dan manfaat pada manusia lain. Dakwah bukan sekadar bercakap, tapi buat apa yang kita cakap,”
Tambah PU Amin, kita seharusnya mengajar hati dan jiwa kita untuk bersangka baik supaya hidup akan sentiasa tenang dan bahagia.
“Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah, mencari madu dan penawar walau di tempat sampah.
Bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau di mana dia berada,” tulis PU Amin sebagai perumpamaan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan pendapat PU Amin
Ntah la masyarakat kita ni kan, buat baik salah buat jahat lagi la salah. Emmm moga korang dapat memahami dan mendapat manfaat dari perkongsian PU Amin ini.
Sumber : PU Amin