Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town Bakal Ditutup, Ramai Mengeluh Sebab Mahal Sangat?

Share

Setelah hampir tiga tahun ditubuhkan, kini Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal di tutup pada 1 Januari tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas pembangunan pelancongan, wanita, keluarga dan masyarakat di Johor, Cik Liow Cai Tung menjelaskan bahawa penutupan ini hanya akan membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor 2020 dan tidak akan menjejaskan keseluruhan pelancong yang berkunjung ke negeri tersebut.

Menurut laporan dari berita.mediacorp.sg, Cik Liow berkata, Johor mempunyai destinasi baru yang telah dirancang termasuk kawasan Pantai Desaru.

Khabarnya, taman tema itu ditutup kerana kurang mendapat sambutan sepanjang beberapa tahun lalu.

Ramai yang mengeluh di media sosial kerana merasakan harga yang ditawarkan sangat mahal dan kerana itulah tidak ramai yang berkunjung ke sana.

Namun begitu, bagi yang pernah ke sana, pastinya ia mengamit memori bersama keluarga tercinta. Mungkin harganya agak mahal bagi masyarakat kita, tapi tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa taman tema ini memang menarik, khusunya buat kanak-kanak.

Kalau korang belum pernah pergi dan mahu merasai pengalaman di taman tema Sanrio Hello Kitty Town ini, ia masih dibuka sehingga 31 Disember tahun ini.

Jadi masih ada masa untuk merasai sendiri keseronokan di taman tema ini.

Sumber: berita.mediacorp.sg

Published by
Noor Ain Norman